Monday, September 26, 2011

SITU SANA DAN SINI

ASSALAMUALAIKUM.

hari,minggu,dan bulan yang sangat menyibukkan.pantas sahaja masa berlalu meninggalkan mereka yang lalai.
aku ke situ,sana dan sini..menyelesaikan tugasan dan perkara..
hari-hari dipenuhi dengan kelas,jadual sangatlah padat..
dengan tugasan dari "lecture"..
tugas-tugas harian rumah TANPA..keluarga di sisi MENEMANI..
hidup perlu diteruskan,kewajiban pada ilahi harus ditunaikan kerana destinasi kita akhirat sana.

DAN MASA TERUS BERLALU SITU,SANA DAN SINI...

11.00AM UNIVERSITY CAMPUS.









Thursday, September 22, 2011

HARI TERBUKA UNTUK KANAK-KANAK UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK.

ASSALAMUALAIKUM WBT...

ECE OPEN DAY,ATAU HARI TERBUKA KANAK-KANAK UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK,PADA 07 DAN 08 OKTOBER,BERTEMPAT DI CAPITAL SQUARE JALAN MUNSYI ABDULLAH KUALA LUMPUR.PELBAGAI AKTIVITI MENARIK AKAN DIADAKAN.KEPADA TUAN-PUAN YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK KECIL,MARI BERAMAI-RAMAI MERIAHKAN HARI TERBUKA KAMI INI.KEHADIRAN TUAN-PUAN AMAT KAMI HARAPKAN.JUMPA DI SANA!!!!!!!!

LET,S COME AND JOINT US!!!!!!



EMAIL TERUS KEPADA SAYA: hapizahjapidin@yahoo.com.my


KESIBUKAN YANG MELANDA

ASSALAMUALAIKUM WBT..

ALHAMDULILAH..

anak kepada encik japidin ini telah pun sampai dengan selamatnya ke destinasi yang dituju iaitu,tempat dia menimbah ilmu.terima kasih ya allah kerana melancarkan perjalananku,semoga keluarga yang aku tinggalkan kau pelihara mereka dengan kebaikan dan limpahkan kurnia buat mereka.
terima kasih kepada mereka-mereka(orang yang aku tak kenal),kerana membantu aku mengambil beg aku dari kabin kapal.terima kasih kerana suka berbual dengan aku..hehehe..mengisi masa terluang.=)
tapi aku terpaksa tunggu 3 "train"untuk sampai ke setia jaya,rasa nak nangis..huhuhu..tapi kesabaran adalah separuh dari iman..jadi aku terus bersabar.^_^
dan akhirnya sesi mengambil/membuang subjek telah berjaya dilakukan,terima ya alllah.dapat ambil 6 subjek,bersama sahabat-sahabat suka dan duka aku,terima untuk kamu semua.^_^
"ECE OPEN DAY UNIRAZAK" semakin hampir dan semua "comitee member"sedang sibuk menyiapkan senjata untuk pergi berjuang,maksud saya siap sedia untuk menjalankan semua tanggungjawab,semoga semua dipermudahkan,selamat berjaya kawan-kawan.


UNTUK PENGETAHUAN SEMUA FOLLOWER SAYA:

PERSATUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK AKAN MENGADAKAN HARI TERBUKA PADA 7 DAN 8 HARIBULAN OKTOBER 2011,BERSAMAAN JUMAAT DAN SABTU.DIJEMPUT PARA TUAN,PUAN YANG MEMPUNYAI ANAK KECIL UNTUK DATANG KE PROGRAM INI,UNTUK MEMERIAHKAN LAGI HARI TERBUKA INI.PELBAGAI AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN.PASTI SERONOK DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ANAK-ANAK KECIL.JADI,MARI BERSAMA-SAMA KAMI DI SANA.

SEBARANG KETERANGAN LANJUT BOLEHLAH E-MEL TERUS KEPADA SAYA: hapizahjapidin@yahoo.com.my


walaupun blogger saya sedikit,tapi tidak apa saya "update information untuk korang semua ya".^_^

Wednesday, September 14, 2011

BAGAIMANA NABI CINTAKAN UMATNYA?

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.

Pagi itu juga, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

” Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.”

Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasullullah akan meninggalkan kita semua.”

Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

.
Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.

Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut.

.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemua ndi dunia. Dialah malaikat maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibrail tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

.
“Jibrail, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? “Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.

.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibrail. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” tanya Jibril lagi.

.
“Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahaiRasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibrail.

.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

.
“Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibrail memalingkan muka.

.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibrail?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. ” Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii,ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”.

.


Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahummasholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin..

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkankepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasul-Nya mencintai kita. Kerana sesungguhnya, selain daripada itu hanya fana belaka..

sumber:BLOG PAKAR CINTA.

Tuesday, September 13, 2011

CERITA 2 HARI LEPAS

ASSALAMUALAIKUM.


cerita 2 hari lepas..

saya pergi pekan dengan ibu,naik bas je,kereta tinggal rumah,sebab kami tak pandai "drive" hehehe..ayah pun tak de..adik dekat kolej.jadi,kami pun berjalan berdua sajalah.niat nak pergi beli barang dapur.agak banyak jugalah kami beli(sekadar mengikut kemampuan)hehe..masa pulang tu adalah seorang pakcik "driver" bas tu tanya saya,cikgu nak balik ke?..saya pun teraga-agak nak jawab,saya nak bagitau tapi..takut pak cik tu malu pula,tak pe saya biarkan saja.hehe..

CIKGU..CIKGU..OH CIKGU..

perkataan ni dah berulang-kali saya dengar sejak saya tingkatan 4 lagi,biasanya kalau dekat pekan mesti ada pak cik,atau mak cik panggil cikgu..akhirnya sekarang ni saya ambil kos cikgu juga,masin juga mulut pak cik-pak cik,mak cik-mak cik yang saya jumpa kat pekan tu..hehehe..

terima kasih pak cik-pak cik,dan mak cik-mak cik..

keputusan peperiksaan dah keluar..alhamdulilah keputusan ok..
tapi semester depan nak usaha lagi..insyallah boleh..



Sunday, September 11, 2011

NOTA COMEL

ASSALAMUALAIKUM..

saudara-saudari pernah dapat nota yang comel dari siapa-siapa?

saya pernah dapat nota,nota yang saya dapat ni pendek je,tak lah panjang berjelah-jelah dan berekar-ekar(hehehe),memang comel sangat-sangat..dan saya tersangatlah suka..
jom kita tengok apa kandungan nota tu,sampai boleh buat saya senyum sampai telinga..=)


Sebagai seorang remaja carilah kebahagiaan di di sisi keluarga,yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan,agar kelak bila remaja-remaja sudah dewasa dapat mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai.jangan sekali-kali kita menyalahkan ke-2 ibu bapa kita atas apa yang telah terjadi,kaya kah mereka.,miskin kah mereka,itulah mereka..sebagai anak kita haruslah berusaha untuk mengubah nasib ibu bapa kita.

macam pernah dengar ayat ni,tapi kat mna erk??????

TEPUK DADA,TANYALAH HATI.

Wednesday, September 7, 2011

SAYA CINTA AWAK,TAPI.....

ASSALAMUALAIKUM.


Alhamdulilah dan terima kasih kerana awak telah melepaskan saya terlebih dahulu,sebelum kita tersesat lebih jauh..
syukur di atas kesempatan yang diberikan oleh allah swt..
untuk memperbetulkan semula keadaan,dan membentuk semula hati kita untuk mencintai yang empunya cinta sebenar..
kita sama-sama buat silap dan semoga allah mengampunkan dosa-dosa kita..

DAN jauh di sudut hati saya sebenarnya...

saya masih mencintai awak tapi,saya takut bila cinta saya ini,melebihi cinta kepada PEMILIK CINTA TERAGUNG,maka saya simpan persaan cinta ini jauh di sudut hati saya.
saya sayang awak tapi,saya takut bila kasih-sayang ini,akan membawa kepada kanca kemaksiatan,dan kita akan dimurkai ALLAH.
saya cinta dan sayang awak tapi saya tidak mahu kita masuk ke NERAKA JAHANAM.
saya cinta dan sayang awak tapi saya takut disebabkan dosa-dosa saya ini,ayah saya yang dipertanggungjawabkan di akhirat sana,saya sayang ayah saya,dan tidak mahu malaikat zabaniah menghantarnya ke NERAKA.


tertarik saya kata-kata seorang blogger..

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

DAN jika ternyata awak bukan milik saya..saya lepaskan perasaan ini dengan harapan awak bahagia disamping DIA.sesuatu perkara yang baik,harus kita gembira dengan perkara baik itu.

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...





" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah .” (QS. Adz Dzariyat:49)

“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)



Cukup cintai ia dalam diam…
bukan karena membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…

memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan
karena tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?

"…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26) "

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

karena tiada yang tahu rencana Tuhan… mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan… serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…



“ Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. ” (Umar bin Khattab ra.

sumber:sebutir kasih sejuta sayang.

*saya sekadar menulis,tidak ada kaitan dengan siapa-siapa pun,kalau ada mungkin hanya kebetulan sahaja.* ^_^


Tuesday, September 6, 2011

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR,BENARKAH?

ASSALAMUALAIKUM

masa yang banyak terluang mengizinkan saya untuk berkongsi sedikit tentang bicara kita pada hari ini.

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Bukhar
2. Zina bermaharajalela.
3. Bermaharajalela alat muzik
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
10. Bulan sabit kelihatan besar.
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
*ini sebahagian mungkin ada ada lagi yang saya tertinggal*

INI ADALAH BUKTI KIAMAT KECIL SEDANG BERLAKU DI MUKA BUMI ALLAH INI.SEDARKAH KITA?PERASANKAH KITA?

BANJIR YANG MELANDA JEPUN PADA TAHUN INI.INI ADALAH SUSULAN DARIPADA GEMPA BUMI YANG MELANDA JEPUN.

JALAN RAYA TERPUTUS AKIBAT TAUFAN IRIN.


KONSERT SANA,KONSERT SINI.BERAPA BANYAK KONSERT NAK BUAT.?

MAAF CAKAP.ARAK DAH MENJADI MINUMAN BIASA BUAT SESETENGAH UMAT ISLAM DI NEGARA KITA.

BERLUMBA-LUMBA MENDIRIKAN BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT.

ZINA DAN PEMBUANGAN BAYI SEMAKIN BERLELUASA,ADAKAH KITA KEMBALI KEPADA ZAMAN JAHILIYAH?

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI DAN MERENUNG SEJENAK,LAYAKKAH KITA UNTUK MENDAPAT SYURGA ALLAH DI AKHIRAT NANTI?



*MAAF JIKA SEPANJANG PENULISAN SAYA MEYINGGUNG MANA-MANA PIHAK,TAPI BEGINILAH HAKIKAT DAN REALITI NEGARA KITA PADA HARI INI.

SUMBER:

Monday, September 5, 2011

MERAWAT DAN MENGUBAT HATI

ASSALAMUALAIKUM.

saya ada cara untuk merawat dan mengubat hati yang telah luka,tercalar,tercedera ataupun hati yang telah bertukar menjadi warna hitam..hehe.maklum sahajalah hidup tidak selalu indah,kita harapkan cerah hingga ke petang,rupanya mendung ditengahari.semua itu lumrah kehidupan.

SEMUANYA ADA 5 PERKARA:

1)BACALAH QURAN DENGAN MAKNANYA,SAYA PERNAH CUBA,APA KATA ANDA CUBA SEKALI.^_^

2)RAJIN-RAJINLAH MENGERJAKKAN SOLAT MALAM(maksudnya,solat sunat tahhajud,solat sunat taubat dan sebagainya)^_^

3)BERKUMPUL DENGAN ORANG SOLEH.^_^

4)PERBANYAKKAN BERPUASA.^_^

5)ZIKIR MALAM BERPANJANGAN.^_^

insyallah hati akan tenang dan kita akan mendapat rahmat dari ALLAH SWT.selamat beramal.

SEMOGA HATI-HATI KITA BERADA DALAM KEADAAN TENANG KERANA MENGINGATI ALLAH.=)



SELAMAT KEMBALI(entry terpanjang saya)

ASSALAMUALAIKUM

lama saya tinggalkan blog ini,kira-kira dalam seminggu ya,maklum sajalah,jiran saya pulang internet saya pun turut bercuti juga.rasanya tak terlewat lagi saya ucapakan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA KAMI SEKELUARGA.

hari raya tahun ini ringkas sahaja buat kami sekeluarga,namun keceriaan ditambah dengan kehadiran rakan-taulan,yang sememangnya sukar untuk kami berkumpul di hari-hari dan musim-musim yang lain.
tahun ini kami sekeluarga berhari raya dirumah sahaja,pagi hari raya dan keluarga menuju ke masjid,selepas itu bermaaf-maafan,sebelah petang keluarga nenek datang berhari raya,kemudian hari raya ke-4 saya keluar berhari raya bersama rakan-rakan,baru terasa suasana raya,banyak juga rumah yang dapat kami serbuh hehe.tapi ada juga yang tak sempat serbu sebab masa yang tidak mengizinkan.

SAYA DAN SAHABAT-SAHABAT,DARI KIRI FAEIZAH,SAYA,IZWAH DAN NURUL.

KAMI MENJAMUH SELERA DI RUMAH LUQMAN..HEHEHE


hari raya ke-6 agak sibuk sedikit kerana saya menghadiri majlis akad nikah pak cik di keningau.kami bertolak dari rumah pada hari raya ke-5,singgah berziarah di rumah mak cik,kemudian meneruskan perjalanan ke destinansi yang dituju.tiba agak kelewatan sedikit,namun kegembiraan masih terasa melihatkan sanak-saudara menyiapkan juadah di dapur,riuh-rendah suasana,sepupu-sepupu saya sudah meningkat dewasa rupanya.terkenang saya zaman kanak-kanak kami.hehehe.selepas selesai semua,mak cik saya,adik kepada ayah membawa pergi berhari raya di rumah jiran-jiran,sempat lagi.walaupun keesokkan harinya pak cik saya,juga adik kepada ayah akan bernikah.tidak apa sekadar berziarah untuk merapatkan silaturrahim.

keesokan harinya,semua bangun awal nak menyediakan apa yang patut,pak cik akan nikah pada jam 10am,mesti dia berdebar.hehe.kelam-kabut juga,tapi alhamdulilah semua berjaya dibereskan,kehadiran saudara-mara semakin bertambah.terharu pun ada juga sebab lama tak berjumpa mereka.

kami bertolak diiringi dengan doa pak cik saya,juga adik ayah,banyakkan adik ayah saya?,ayah saya ada 14 adik beradik..sekali lagi saya terharu mendengar bunyi kompang sebab akan menandakan berakhirnya pencarian pak cik saya,pencarian seorang yang bernama isteri,bukan isteri biasa,tapi isteri yang solehah.=).dan..alhamudlilah pak cik saya selamat diijabkabulakn dengan sekali sahaja lafaz.syukur alhamdulilah.

SAAT PAK CIK DIIJABKABULKAN.

SEPUPU-SEPUPU SAYA YANG BAIK HATI..HEHEHE

dan kami pun berangkat pulang ke kemabong,tenom sabah.begitulah sepanjang 1 minggu saya berhari raya.semoga bertemu di harai raya akan datang,insyallah semoga allah pertemukan kita dengan ramadan dan hari raya pada tahun hadapan..amin.=)



Sunday, September 4, 2011

My Bigger Family Slideshow Slideshow

My Bigger Family Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ My Bigger Family Slideshow Slideshow ★ to Keningau (near Kota Klias). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Thursday, August 25, 2011

MENDONGAK KE LANGIT

ASSALAMUALAIKUM WBT.

I was found a lot of lesson from this drama,if you all ada masa can watched it at ASTRO RIA,sebab astrokan LIKE to “ulang-ulang”balik drama diorang,so you all bolehlah tengok,saya just CADANGKAN,bukan MEMAKSA.

First lesson is,kalau dah berjaya tu,janganlah nak lupa pula asal usul kita,bila kita dah mendongak ke langit jangan lupa pula nak tengok balik bumi yang kita dah pijak.misalnya,dah berjaya dapat kerja elok,lepas tu ada kemampuan sikit,JANGANLAH NAK BERLAGAK.baliklah kampung jenguklah mak,ayah..diorang yang telah banyak berkorban untuk kita.ok,so JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT.

Second,sejahat mana pun mak,ayah kita,kita kene doakan yang terbaik untuk mereka,sebab tanpa mereka,kita tak ada kat dunia ini.JANGAN JADI ANAK DURHAKA,SYURGA ITU BAWAH TAPAK KAKI IBU.

Third,kita adik-beradik kena hormat-menghormati,sebab walauapapun terjadi ikatan kita tak kan pernah putus.BAK KATA PEPATAH”AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS”.saling tolong-menolong,dan melindungi antara satu samal lain.

Fourth,carilah rezeki yang halal walau dalam apa hal sekalipun,janganlah sampai menjual maruah diri.tak ada jualnya maruah kita ini kat kedai mamak ke,gerai buah ke..so once dah kena bagi tu,jagalah elok-elok.bumi allah ini luas,berjalanlah dan musafirlah,insyallah bertemu nikmatnya yang besar.biar rezeki sedikit janji berkat dan allah redha,pasti cukup untuk keperluan seharian.NIAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA.

Last but not least..jangan dendam tak elok,nanti jadi padah kita sendiri yang susah.DENDAM umpama PISANG BURUK dalam hati kita,kalau dah buruk tu of course jadi BUSUK.tak tau nak kata kalau da h jadi busuk,so MAAFKAN KESALAHAN INSAN,USAH DENDAM BERPANJANGAN.

Itu sahaja untuk kali ini,jaga diri semua.sekian..


TANAH SUBUR

titis-titis hujan..
jatuh ke tanah..
membasahi bumi..
jadilah tanah lembab dan subur..
sesuai untuk menanam tumbuh-tumbuhan..
tanamlah apa sahaja pasti tumbuh..
jangan lupa menabur baja..
agar tanaman tersebut dapat tumbuh dengan suburnya..
berbaktilah pada tanah,insyallah pasti menuai hasil..
p/S SEKADAR MENGISI MASA LAPANG.


Wednesday, August 24, 2011

THE SWEET OF SUGAR

if you want sweet life you must eat the sugar first,i mean we must find our own happiness,how?live happy,make people smile,respect other's,avoid from stress,and be grateful with what you have.










Tuesday, August 23, 2011

RAYA DAH DEKAT,RAMADAN KITA MACAM MANA?

ASSALAMUALAIKUM WBT.
raya dah nak dekat,bagaimana puasa kita,amalan kita di bulan yang mulia ini,saya turut menyoal diri sendiri,adakah saya benar-benar menghayati ramadan kali ini,cukupkah amalan saya?allah terima kah amalan saya?saya mula rasa sedih untuk meninggalkan ramadan kali ini,ya allah adakah ini ramadan terakhir buat ku?jika benar temukan aku dengan satu malam,yang sangat diidamkan oleh semua umat muslimin dan muslimat,malam "lailatul qadar "..saya teringin sangat bertemu dengan malam itu.semoga dizinkan oleh mu ya allah selagi saya masih bernyawa.terasa pantas masa berlalu meninggalkan ramadan kali ini,bila ramadan beransur pergi..pasti kita akan merindui suasananya,heningnya,redupnya..kita pasti sibuk dalam meraih ganjaran pahala di bulan yang mulia yang akan kita tinggalkan ini..di bulan yang satu ini,allah beri ganjaran pahala yang merimpah-ruah,dan tidak ada pada bulan yang lain.itulah keistimewaan bulan ramadan,tidak terucap oleh kata-kata,tak tergambar dek akal fikiran.sungguh menakjubkan.semoga kami dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia di tahun akan datang ya allah.amin.

KISAH SEBUAH CORETAN

bila aku mula mencoret..
segala isi hati akan terlakar..
mencari kepastian untuk sebuah jawapan..
biar aku tidak tahu isi kandungan coretan ku..
tapi aku tahu ia amat bermakna..
kerana ia kepunyaan ku..
coretan..coretan..
aku bukan merapuh..
tapi sekadar bercerita tentang kecelaruan jiwa..
agar aku tidak mati akal dalam mencari kepastian..
kenapa mahu dipersoal bila aku mahu mencoret..
sedangkan banyak lagi persoalan yang perlu ditimbulkan..
aku tahu coretan ku,tidak secantik dan seindah bahasa mu..
tapi aku mahu mencoret..
kerana dengan mencoret lama-kelamaan terserlah bakat..
aku tidak berbohong..
sekadar berkata-kata untuk memberi keyakinan..
mencoret..dan terus coret apa sahaja yang kau mahu..
kerana itu hak kita,biar apa sahaja orang kata..
yang penting kita tahu apa yang kita lakukan..

Monday, August 22, 2011

SYUKURI NIKMAT KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM WBT..

syukuri nikmat kehidupan yang kita perolehi kerana itu adalah anugerah dari allah swt,yang telah berlalu biarkn berlalu,teruskan melakukan yang terbaik untuk kehidupan yang seterusnya,begitulah butir-butir kandungan lagu yang telah saya ubah sedikit,tapi tidak langsung terus mengubah maknanya.kita manusia cepat mengeluh,sama juga seperti saya,sedikit ujian yang diberi sudah pasti akan melatah,padahal nikamt yang allah beri itu ternyata lebih luas,kesempurnaan anggota badan kita,keluarga kita,kesenangan hidup yang kita miliki.walaupun tidak semewah mana,ya tapi kita masih boleh makan dan minum,tidur dengan nyenyak,tidak bergelandangan seperti pengemis yang tidak mempunyai tempat tinggal.maka syukurilah nikmat allah swt,insyallah pasti akan ditambah lagi nikmatnya.kalau kita sedih,ada lagi sedih dari kita,kalau kita sakit ada lagi yang lebih sakit dari kita,kalau kita kecewa ada lagi yang lebih kecewa,maka tidak ada yang perlu disesali dalam hidup ini.walaipun,ya kadangkala kita ini manusia dikurnia perasaan sebegitu,dan kita tidak boleh lari,tapi ya harus dikawal,jangan terlalu ikutkan perasaan.sekian sahaja buat kali ini.

Friday, August 19, 2011

SINGKAPLAH RAHSIA DI-10 MALAM TERAKHIR,

1) Mencari malam al-Qadar (kemuliaan)
Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)
Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)
Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)
Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadhan” (HR Bukhari)
Aisyah bertanya Nabi SAW : “Wahai Rasulullah, jika aku mengetahui tibanya malam al-Qadar, apakah yang kubaca ketika itu?” Nabi menjawab : Berdoalah :أللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dll)
2) I’tikaf
I’tikaf ertinya mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan i’tikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan sehingga wafat.
Berdasarkan praktik Rasulullah SAW itu, menunjukkan kelebihan dan keutamaannya mengatasi malam-malam yang lain.
Bahkan baginda turut membangunkan ahli keluarganya agar turut beri’tikaf bersama-sama.
Syarat sah i’tikaf :
- Islam, berakal, tidak junub, bersih daripada haid dan nifas;
- Niat – i’tikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat;
- Dilakukan di dalam masjid.
Perkara yang membatalkan iktikaf
- Keluar masjid tanpa hajat dengan sengaja;
- Murtad;
- Hilang akal kerana gila atau mabuk;
- Datang haid atau nifas;
- Jimak;
Perkara yang sunnat dilakukan ketika i’tikaf
- Memperbanyakkan ibadah sunnat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, solawat dan doa.
- Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah Nabi dan sebagainya.
3) Solat-Solat Sunnat
a) Solat Tahajjud
Maksud Firman Allah : “Dan pada sebahagian malam, bersolat tahajjudlah kamu, sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”. (al-Isra : 79)
Solat tahajjud ialah solat malam sekurang-kurang 2 rakaat yang didirikan selepas bangun tidur, walaupun tidurnya sebentar.
Masanya selepas solat Isyak sehinggalah masuk waktu subuh. Tetapi waktu paling utama ialah pada akhir malam atau waktu sahur.
b) Solat Tasbih
Ia berdasarkan hadith panjang yang diriwayatkan Ibnu Abbas, berkenaan tawaran Nabi kepada pakciknya Abbas bin Abdul Muttalib, iaitu solat yang memberi keampunan 10 jenis dosa :
- Dosa terdahulu dan terkemudian;
- Dosa lama dan baru;
- Dosa sengaja atau tidak;
- Dosa besar atau kecil;
- Dosa tersembunyi atau kelihatan.
Caranya sama seperti solat biasa. Solat tasbih didirikan pada waktu siang dengan 4 rakaat 1 salam, manakala waktu malam didirikan dengan 4 rakaat 2 salam.
Hanya diselangi dengan tasbih seperti pembahagian berikut :
- Selepas Fatihah dan surah – 15 kali tasbih;
- Ketika rukuk – 10 kali tasbih;
- Setelah bangkit dari rukuk – 10 kali tasbih;
- Dalam sujud pertama – 10 kali tasbih;
- Semasa duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih;
- Dalam sujud kedua – 10 kali tasbih;
- Dalam duduk rehat bangun sujud sebelum berdiri rakaat kedua – 10 kali tasbih
Jumlahnya 75 kali tasbih satu rakaat bersamaan 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bacaan tasbihnya ialah :
سبحان الله والحمد لله ولآإله إلا الله والله أكبر
c) Solat Taubat
Apabila seseorang hendak bertaubat, disunnatkan supaya mendirikan solat 2 rakaat ini.
Sabda Nabi SAW : “Seorang lelaki yang melakukan satu dosa kemudian ia bangun berwudhu, bersolat 2 rakaat, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, maka Allah akan mengampunkan dosanya”. Lalu baginda membaca ayat dari Surah Ali Imran ayat 135-136.
Kaifiatnya sama seperti solat biasa.
f) Solat Hajat
Solat hajat boleh didirikan pada waktu siang atau malam.
Apabila kita berhajat terhadap sesuatu urusan, bermohonlah kepada Allah SWT, dan yang paling baik melalui solat hajat sekurang-kurangnya dua rakaat.
Tiada had jumlah rakaat untuk melakukannya. Begitu juga tiada kaifiat khusus ditetapkan.
g) Solat Witir
Witir ertinya ganjil. Ia dilakukan sebagai penutup bagi solat malam. Boleh dikerjakan 1, 3, 5, 7, 9, atau 11 rakaat.
Waktunya selepas solat isyak dan berakhir dengan waktu subuh. Witir dalam bulan Ramadhan disunnatkan dengan berjamaah.
Sekiranya solat witir sudah dilakukan pada awal malam, dan kemudian bangun lagi pada akhir malam untuk mendirikan solat sunnat lain, maka tidak perlu lagi mendirikan witir dihujungnya kerana Nabi memerintahkan witir hanya dilakukan sekali sahaja pada setiap malam.
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dengan satu solat yang lebih baik bagi kamu berbanding harta yang banyak, iaitu solat witir. Dirikanla di antara solat isyak sehingga terbit fajar” (HR Abu Daud, Ibnu Majah & at-Tirmizi)
4) Membaca al-Quran
- Membaca al-Quran di dalam solat adalah waktu yang utama;
- Jika membaca di luar solat, waktu paling utama ialah pada waktu malam. Waktu selepas tengah malam menjadi lebih utama berbanding awal malam;
- Jika membaca pada waktu siang, waktu paling utama ialah selepas solat subuh;
- Hari-hari terbaik membaca al-Quran ialah pada hari Jumaat, Isnin dan Khamis, hari arafah, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari terakhir bulan Ramadhan;
- Bulan terbaik membacanya ialah bulan Ramadhan.
Adab Membaca al-Quran
- Ikhlas kerana Allah, bukan kerana yang lain;
- Membersihkan mulut sebelum membaca;
- Khusyuk, tadabbur, dan rendah diri;
- Sunnat pada ayat yang seharusnya menangis;
- Melihat mashaf lebih utama daripada hafalan jika itu lebih mendatangkan khusyuk;
- Menyaringkan suara lebih utama jika tidak menimbulkan riak atau mengganggu orang;
- Memperindahkan suara bacaan;
- Membaca dengan menjaga hukum tajwid;
- Menjaga batas-batas waqaf dan ibtida’;
Kelebihan Membaca al-Quran
Hadith berkenaannya sangat banyak. Antaranya sabda Nabi SAW : “Sesiapa yang membaca al-Quran 50 ayat sehari semalam, ia tidak termasuk orang yang lalai. Sesiapa membaca 100 ayat, ia termasuk orang yang patuh kepada Allah. Sesiapa membaca 200 ayat, ia tidak diminta keterangan oleh al-Quran pada hari qiamat. Sesiapa membaca 500 ayat, dicatat baginya pahala yang banyak”. (HR Ibnu Sunni)
5) Solawat keatas Nabi SAW
Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersolawat untuk Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah solawat dan salam yang sempurna kepadanya.” (al-Ahzab : 56)
Sabda Nabi SAW : “Manusia paling utama bersamaku pada hari kamat ialah orang yang paling banyak bersolawat kepadaku”. (HR at-Tirmizi)
“Seseorang amat hina, jika namaku disebut di sisinya, ia tidak bersolawat kepadaku” (HR at-Tirmizi)
Sekurang-kurang solawat ialah :أللهم صل على محمد
6) Doa dan Zikir
Maksud sabda Nabi SAW : “Waktu paling hampir bagi Tuhan kepada seorang hamba ialah pada bahagian malam yang akhir. Jika kamu sanggup berada di antara orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka buatlah”. (HR Abu Daud & at-Tirmizi)
“Sesungguhnya pada malam itu ada satu saat, tidaklah ditemui oleh seorang muslim yang berdoa kepada Allah memohon kebaikan dunia dan akhirat, melainkan permohonannya diterima. Hal ini berlaku setiap malam” (HR Muslim)
Nabi ditanya : Doa manakah yang paling diperhatikan Allah? Baginda menjawab : “Doa pada tengah malam dan selepas solat fardhu”.
“Dua kalimah, ringan di lidah, berat di timbangan dan disukai Tuhan iaitu : Subhanallah wabihamdihi, subhallahil ‘azim”
“…bacaan alhamdulillah memenuhi timbangan amal, subhanallah dan alhamdulilah kebaikannya sepenuh langit dan bumi..” (HR Muslim)
Sejak akhir-akhir ini kes simbah asid semakin menjadi-jadi,manalah perginya perasaan belas kasihan orang-orang yang melakukan perbuatan ini.kasihan melihat mangsa yang menderita kesan simbahan asid di muka,ada yang sampai hilang pengelihatan,muka habis melecur.Bagaimana mereka hendak mencari pendapatan selepas ini,setelah terlatar lama di hospital.
Terbaharu ialah kes simbah asid Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27 sekarang beliau dirawat di unit rawatan rapi hospital kuala lumpur. Mohd Rafie yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada dalam keretanya di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.
Semasa insiden itu, dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.
“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.
“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.
Mohd Rafie berharap orang yang melakukan perbuatan tersebut dikenakan tindakan yang berat,kerana menurut beliau undang-undang yang sedia ada
Terlalu ringan.semoga mangsa tabah menghadapi ujian daripada allah swt.

Thursday, August 18, 2011

KATA-KATA YANG BERMANFAAT.

daripada Hazrat Anas beliau meriwayatkan bahawa kami berkata "wahai Rasullulah,adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalam-amalan yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan dan kami tidak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi semuanya?maka baginda berkata"bukan begitu,serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal dengan kesemuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya".jadi,tidak perlu menunggu diri sampai jadi alim baru nak mencegah yang mungkar.sebab kalau nak tunggu kita jadi alim dan warak,mungkin akan mengambil masa yang lama,mana yang kita mampu kita buat dahulu ya.saudari dan saudara sekalian.

Sunday, August 14, 2011

RAMADAN KALI INI

ASSALAMULAIKUM WBT.
ramadan kali ini amat bermakna kepada ku kerana dapat menyambut bulan yang mulia ini bersama keluarga tercinta.jika pada tahun lalu aku menyambut ramadan di perantauan,tahun ini tidak lagi.terima kasih ya allah,atas peluang yang kau berikan ini.dapat juga merasa masakkan ibu yang sudah lama dirindui.
paling menggembirakan yalah dapat bertarawih di surau tempat aku mengaji,bermula dari iqra sampai al quran.sudah lama aku tidak ke surau ini,yalah menimbah ilmu di perantauanlah katakan,ada cuti semester pun,tidak berkesempatan menyingah ke surau itu.
bertamabah kegembiraan ku,berjumpa dengan sahabat dari kecil ku di surau tersebut,atiqah namanya,dialah teman sepermainan aku.dah jauh-jauh menimbah ilmu,jarang pula dapat berjumpa.bulan ramadan juga,bulan yang dapat mengeratkan silaturahim dengan sahabat-handai dan jiran tetangga,bertambah pahala..insyallah.apabila sudah lama tidak berjumpa kami pun mula lah menyembang perihal sewaktu kecil-kecil dahulu,tergelak juga dibuatnya.
namapaknya sampai di sini dahulu catitan hari ini.semoga kita beroleh ganjaran pahala di bulan yang mulia ini.insyallah.

BUAT MEREKA YANG GAGAL.



ASSALAMUALAIKUM WBT.
Buat mereka yang gagal jangan cepat berputus asa kerana ada hikmah di setiap kejadian dan allah lebih mengetahui setiap ujian yang diturunkan kepada kita.sebagai manusia kita hanya mampu berusaha,berdoa dan akhir sekali bertawakal pada allah atau berserah diri kepadanya.
Dalam hidup kita,kita tidak dapat lari dari dua benda iaitu kesedihan dan kegembiraan.setiap manusia akan melalui dua benda ini,terpulang kepada diri kita sendiri untuk menghadapinya,bagi mereka yang kuat semangat dan ampuh,insyallah mereka pasti memandangnya secara positif.Tapi bagaimana pula dengan mereka yang lemah dan mudah berputus asa?sudah pastinya mereka memandang secara negatif,maka berlakulah kes-kes seperti bunuh diri,kemurungan,masalah sosial dan sebagainya.
Sebagai umat islam yang diturunkan kitab al quran dan sunnah nabi,kita harus percaya kepada qada dan qadar allah.adakah kita tidak pernah terfikir tentang nikmat-nikamt lain yang diberikan allah kepada kita,pancaindera(mata,hidung,mulut,telinga,lidah),anggota badan yang sempurna,keluarga yang lengkap,kita dapat menghirup udara nyaman,melihat ciptaan allah swt,makan dan minum,tempat tinggal yang selesa,Negara yang aman.hitunglah nikmat allah yang diberikan kepad kita,nescahaya kamu tidak terhitung nikamatnya.kenapa kita perlu menangisi setitik ujian kegagalan dari allah?tidak salah untuk menangis dan bersedih,tapi janganlah berlanjutan sehinggakan boleh menjejaskan diri sendiri dan masa hadapan,apa yang kita perolehi andai bersedih sepanjang masa?sedangkan masa terus berlalu meninggalakan kita.
Saya juga pernah merasai ujian kegagalan,pertama saya gagal mendapatkan keputusan yang baik dalam SPM(sijil pelajaran Malaysia),saya memang sedih ketika itu,namun alahamdulilah saya mendapat kekuatan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.kemudian,keputusan STPM(sijil tinggi pelajaran Malaysia) juga tidak begitu memberangsangkan.saya amat sedih ketika itu,kerana menghampakan harapan ibu ayah.Pada ketika itu saya hilang punca dan arah tentang apa yang harus saya lakukan.saya ambil sejadah saya solat sunat hajat,saya ambil al quran saya mengaji,saya tadah tangan mohon doa dan kekuatan dari allah.saya lakukan selama 3 bulan alhamdulilah,walaupun tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta seperti sahabat-sahabat yang lain,saya tetap bersyukur kerana allah masih membuka ruang buat saya untuk menuntut ilmu.saya redha dan pasrah,ini ketentuan allah kepada kehidupan saya,dan takdir yang telah tertulis di loh mahfuz.saya gembira menuntut di universiti ini,bersama rakan-rakan senasib dengan saya,dan alhamdulilah setiap semester kami mencatatkan pointer yang baik dalam peperiksaan.Dan insyallah,jika umur saya dipanjangkan saya akan berkhidmat sebagai pendidik di masa akan datang
Wahai sahabat sekalian,ingatlah ujian itu tarbiah dari allah,menguji sejauh mana kekuatan iman hambanya.Jangan pernah menyalahkan allah dan takdir,kerana inilah hakikat kehidupan.Bila allah uji kita ingatlah allah sayang kita,allah mahu kita kembali kepadanya dan memohon pertolongan darinya.Dan andai sudah Berjaya kelak jangan pula lupakan allah swt.sentiasa berpijak pada bumi yang nyata,kita ini hamba allah dan tugas kita adalah mengabdikan diri kepadanya.

Saturday, August 13, 2011

BERSABAR DALAM MENERIMA UJIAN ALLAH SWT

SALAM.
baru pagi tadi,ibu mengkhbarkan kepada saya,seorang saudara perempuan saya,terkena histeria disebabkan kemurungan yang berlaku pada dirinya,saya amat bersimpati dengan keadaanya.kemurungan yang dia alami disebabkan tidak dapat menerima keputusan stpm yang kurang baik,dan gagal menempatkan diri di ipta.
sememangnya apabila benteng kerohanian kita lemah,syaitan akan mudah menyerang.Sebab itu dalam apa sahaja masalah yang kita hadapi, kita kena dekatkan diri dengan allah swt,tapi janganlah hanya mengingati allah ketika susah,ingatlah allah ketika susah dan senang.Insyallah ketika akan sentiasa redha dengan setiap ketentuanya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
oleh itu,yakin dan percaya dengan ketentuan swt,kerana "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.kita kena buka minda kita seluas-luasnya,jangan sempitkan minda kita.Rezeki allah ada di mana-mana terpulang kepada kita untuk mencarinya,"kerana bola yang bulat itu tidak datang secara bergolek,melainkan ada orang yang menendangnya".
Disamping mencari peluang dan alternatif lain untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi.usaha,berdoa dan jangan pernah berputus asa.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
hayati sepotong lirik dari kumpulan hijjaz ini:
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
renung-renungka dan semoga ketika berada dalam keberkatanya di bulan ramadan yang mulia ini.

Wednesday, August 10, 2011

TOPIK BULAN RAMADAN 1: HEBATNYA KURMA


apa hebatnya kurma?kurma merupakan makanan ideal yang mengandungi zat dan diperlukan oleh tubuh badan manusia.bahkan dalam sepotong hadis yang lain,baginda bersabda yang bermaksud:''wahai aisyah,mana-mana rumah yang tidak ada rumah,maka penghuninya akan lapar".baginda mengulanginya sebanyak 2 atau 3 kali.(riwayat muslim no 3812).kurma juga mengandungi glukosa dan fruktosa,di samping protein,lemak,vitamin A,B2 dan C serta beberapa mineral penting yang lain iaitu kalsium,pottasium,fosforus,magnesium,sodium(natrium) dan florin.berbuka dengan buah kurma juga adalah satu sunnah daripada nabi muhammad saw..sabda baginda yang bermaksud."apabila sesorang daripada kamu berbuka puasa,berbukalah dengna buah kurma.sekiranya tiada kurma,maka minumlah air kerana ia adalah suci.(riwayat al-tirmizi no.594)ia bertepatan dengan bukti secara saintifik,bahawa kurma membekalkan tenaga secara semula jadi kepada manusia,bahkan mengawal permakanan agar tidak berlebihan kerana rasa letih dan kelaparan sudah berkurang dengan ketara.nampaknya samapai disini dahulu perkongsian ilmu yang dapat saya lakukan sekian terima kasih.

cuti semester datang lagi

salam,baru kelmarin sampai hometown setelah almost 6 hour perjalanan..alhamdulilah gembira sebab dapat jumpa ibu ayah.sudah lama nampaknya tidak mengedit blog ini,bukan apa kesibukkan yang melanda menyebabkan,terlupa seketika untuk menulis sesuatu dalam blog ini.cuti sem telah pun bermula,semoga masa lapang yang ada ini dapat diisi dengan perkara yang berfaedah,harapannya begitulah.di harap rakak-rakan universiti semua dapat pulang dengan selamat ke kampung halaman masing-masing.saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikkan buat mereka.=)

Monday, July 11, 2011

pilihan

dalam hidup ini kita memang di beri pilihan untuk memilih seseorang yang kita sayangi.tapi itu bukanlah tiket untuk kita memainkan persaan orang,bukan begitu?pilihan untuk kita menilai yang mana lebih baik,dan mana yang lebih sesuai.andai kita keliru dalam membuat pilihan,jalan singkatnya bukan dengan memainkan persaan orang lain.NIAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA.cara yang terbaik ialah dengan solat istikharah,mohon petunjuk allah swt,insyallah akan beroleh kekuatan dan keyakinana.ingin saya tegaskan saya bukanlah seorang ustazah yang ingin bersyarah,tapi seorang insan biasa yang ingin berkongsi pendapatnya,saya tidak pernah mengatakan diri saya baik dan sempurna,tapi kita sebagai manusia, kita sentiasa belajar ke arah itu,termasuk diri daya sendiri.teman-teman sekalian kehidupan ini ada karamanya,WHAT GOES AROUD WILL COMES AROUND,jadi dalam setiap keputusan fikiralah dengan baik,jangan tergesa-gesa dalam membuat keputusan dan hanya memikirakan kebahagiaan kita sahaja,orang lain pun nak bahagia juga.so,renung-renungkanlah teman semua,semoga kita semua sentiasa dalam keredaan allah swt.ingatlah dunia ini hanya sementara,dan jangan sampai kita menjadi hamba dunia.kerana,kelak nanti menyesal tak berkesudahan,selagi allah bagi kita nikamt hidup hargai ia sebaik mungkin.jaga hubungan kita dengan allah,sayangi ibu-bapa.hormat orang lain,itu paling penting.sekian,wassalam.

Monday, June 20, 2011

long journey to go..

it,s a long journey to go i think..it,s many to do and it,s many to settle up(ntah betul ntah tidak english aku ni)..let,s talk je la..sometimes it,s ok but sometimes it,s hard to do something,and sometimes im in the middle part,then i try to find my way,but sometimes i feel it,s little bit confius,down and many more but..never mind still ok maybe..sometimes like feel to give up but got to came back to the right path ,then go "jangan toleh belakang"the target,the aim and the goal is what the thing that in front of us..need to be strong find the "kekuatan",the feeling of happiness..yeah! you can do it girl!

Thursday, June 9, 2011

alhamdulilah..

terima kasih ya allah,sebab memberikan aku kejayaan ini menguatkan semangat untuk meneruskan pencapaian yang baik.walau tidaklah bagus sangat tapi for me it,s enough to showed that i can do it!,and tanpa usaha kita tidak akan ke mana-mana.hafizah nazri akhirnya 3.50 it,s in our hand!

Tuesday, May 31, 2011

Sunday, May 29, 2011

di malam yang sunyi

di malam yang sunyi ini aku sendiri lagi..
fikiran menerjah ke awangan..
tercari-cari jawapan yang pasti..
apakah rasa ini..
tidak ku ketahui..
lantas aku membongkar segala isi internet..
dari facebook
ke you tube
ke yahoo massenger
dan akhir sekali blog ini..
apa yang sebenarnya aku cari di malam yang sunyi ini..
adakah aku perlu sang adam membantu ku?
aku rasa tidak..
aku tidak perlukan mereka buat seketika ini..
setelah aku berfikir panjang,merenung sejenak,membuka
artikel i luv islam..
ya,kini aku pasti kenapa kau rasa sunyi sebegini..
rupanya,aku lupa ya allah,aku lupa,
aku belum berzikir,bertahmid dan bertakbir kepada mu..
ya allah subahanallah walhamdulilah walailahilallah huallahhuaakhbar..
aku rindu pada mu ya allah.

Tuesday, May 24, 2011

doktor (as a noble work)

do you jealous when you see people who want to become a DR .. DR .. DR???, meaning people who want to become a doctor, once I have ambition want to be a DR,but maybe aku x berapa nak pandai kot,tu yang terjebak kat unirazak ni.seronok tengok orang jadi doktor ni,first nama kat depan tu dah "add"ngan nama "doctor",second dapat tolong orang.fuh! memang besar ganjaran daripada allah swt,yala perkara tolong-menolong of course allah sayang,third,gaji tak payah nak cakaplah.but,each person yang nak jadi doktor tu,diorang punya cita-cita sendiri and of course punya alasan tersendirikan.macam aku pula,tak tau sebab apa aku nak jadi cikgu.hurmm...x pe lah yang penting study baik-baik,dapat pointer bagus.ok sambung balik cerita pasal nak jadi doktor ni,yang aku jelez kat DR..DR ni semua diorang boleh tolong orang sakit,boleh cari penawar,pendek kata hanya orang yang nak jadi doktor yang tahu apa keistimewaan nak jadi doktor ni,cakaplah apa saja jenis perkerjaan pun,aku tetap akan jeles bila tengok orang nak jadi doktor..hehehe..bukan jelez jahat tau!,tapi jelez yang baik.aku boleh angan-angan kot nak jadi doktor..hehe,x payah lah hapizah oi..masuk kelas aliran sains pun tak lepas ..hehehe,ni kan nak jadi doktor.ahakz! x pe lah takdir ku bukan untuk menjadi seorang doktor,tapi menjadi seseorang yang lebih penting dalam bidang lain.semuanya ketentuan ilahi,yang penting kita usaha,lakukan yang terbaik,insyallah..allah sentiasa bersama kita,oleh itu jangan pernah gentar atau takut dalam merealisasikan impian kita sendiri.good luck and all the best untuk semua orang.=)

Monday, May 23, 2011

SEDIHNYA

ini sebahagian ujian dari allah swt,saya harap saya tabah dan terus maju ke hadapan.tidak dapat dirungkai kisah hati ini,biarlah,hanya hati ini yang tahu,semoga hati ini akan kembali pulih seperti sedia kala,dan biar masa yang menentukannya.
-i know im not alone,thankz allah-

Sunday, May 22, 2011

Pelangi Selepas Hujan | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

- Artikel iluvislam.com

AKU DAN KEHIDUPAN

nama aku hapizah elmy bt laudi
dilahirkan 18hb mac 1990
di hospital tenom,sabah.
anak pertama daripada 2 orang adik-berdadik.
aku bukan lahir dari keluarga yang dikelilingi kemewahan.
bukan juga dari keluarga yang dihimpit kesusahan.
aku lahir dalam sebuah keluarga yang cukup sederhana.
namun,aku bersyukur kerana kesederhanaan ini yang mengajar aku erti kehidupan.apatah lagi,dikurniakan dengan ke 2 orang tua yang terbaik,yang bagi ku tidak ada tandingan dalam dunia ini.
dalam peljaran,aku tidaklah sehebat mana,aku tidak sehebat sahabat-sahabat ku,yang lain dapat menjejakkan kaki ke ipta,yang pernah menjadi impian ku suatu ketika dahulu.tidak juga seperti sahabat-sahabat ku yang mendapat tawaran dalam suruhanjaya perkhidmatan awam,yang tamat sahaja belajar peluang pekerjaan sudah pasti menanti mereka.tidak seperti ku ini yang hanya menuntut di sebuat ipt swasta,apa lah yang ada pada ku,melainkan semangat yang ada untuk terus berusaha memburuh kejayaan.terkadang cemburuh pula melihat sahabat-sahabat yang duduk satu universiti.mungkin ini semua akibat kelalaian ku pada masa lampau.sudahlah,yang berlalu biarkan terus berlalu,akan ku simpan sebagai kenangan yang pasti menjadi ingatan ku sepanjang perjalanan kehidupan ini.aku tetap bersyukur kerana masih dapat meneruskan pengajian ku ini,untuk memburuh cita-cita yang satu,walaupun perjalanan masih jauh.bagi ku ini semua adalah takdir allah swt.kita ada perancangan sendiri,allah swt juga punya perancangan untuk kita.jangan pernah berputus asa dengan rahmat daripada-NYA.
dan...
kini aku masih di sini meneruskan perjuangan hidup,yang entah kan bila akan berakhir,tapi bagi ku yang pasti itu yalah "mati".tapi itu semua adalah perancangan allah swt.aku masih di sini walaupun telah banyak yang aku lalui,sama ada yang pahit atau yang manis.yang pasti aku perlu menghargai kehidupan ini,kerana kehidupan di dunia hanyalah sementara dan sebagai persinggahan untuk umat yang bergelar manusia,yang pastinya ialah alam akhirat,dan itu yang menanti kita,yang pasti dan kekal selama-lamanya.
syukran ya allah,untuk sebuah perjalanan kehidupan yang sangat menarik untuk aku terokai dan untuk aku fahami isi kandunganya.sesunggunya,hidup hanya sekali hargailah ia.hargai orang-orang yang kita sayang.hargai setiap masa yang kita ada.jangan lupa,tugas kita kepadanya iaitu 4,4,4,3,2.
-WASSALAM-

Monday, May 16, 2011

LASKAR PELANGI

terbaik!!!..best filem laskar pelangi ni,banyak benda yang kita boleh belajar.so,if ada masa kelapangan korang bolehlah tengok yerr..hee..and the theme song pun best:

NIDJI:LASKAR PELANGI
mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya

Friday, May 6, 2011

alhamdulilah perang sudah tamat..(perang exam)

salam.semalam last paper..akhirnya..tamat juga.thankz allah..going back to sabah miz my family so much..to all my dear cousemate and housemate will be miss all of you guys! selamat bercuti,jumpa sem depan ya! wish luck for our exam result..=)

Sunday, April 17, 2011

HAPIZAH....

hapizah stop to find another layout..please ladies..ur blog da pening2 u punya kerja..huhu..=),but i will still find the cutest one...heheh..=p

study! study! let,s get better pointer..3.50 and above...my dudes fiza,biha n aas..let,s try to shoot the star,yeah!

wlupun english language x berapa nak mantap,tulis je la.hehe..

ok,stop writing ladies..!

new layout

yahhaaaaaaaaaaaaa..new layout..!!!

Sunday, April 3, 2011

STOP CRYING WOMEN..

SALAM...

kalau takut dilambung omabk ,jangan berumah ditepian pantai..

wahai kaum wanita sekalian berhentilah menangis untuk lelaki yang bergelar teman lelaki atau "boyfriend",orang yang kita suka atau apa sahaja gelaran yang anda ingin gelarkan..terpulanglah.
kenapa harus menangis untuk mereka?
sayang air mata kita..
alangkah indahnya,jika kita tangiskan air mata kita pada sang pencita allah swt..
sesungguhnya ketahuilah,allah swt terlalu mencintai kita,allah membuka seluas-luasnya pintu taubat kepada kita,walaupun kita banyak melakukan dosa,allah tetap bagi kita nikmat yang tidak terhingga walaupun kita tidak patuh dengan setiap suruhannya..
renungilah kasih cinta allah pada kita..
saya pun pernah melakukan kesilapan suatu ketika dahulu,dan saya tidaklah sempurna mana pun,dan kesilapan itu membuka mata saya seluas-luasnya bahawa cinta allah itu lebih agung.
tidak ada gunanya kita menangis untuk seorang lelaki yang belum tentu menjadi suami kita..
oleh itu..STOP CRYING WOMEN.
we must strong,insyiallah jika kita mencari cinta yang punya redha allah,kita akan temui cinta yang sejati..
sesunggunya cinta kepada manusia,manusia akan mati..
cinta kepada allah swt itulah yang kekal abadi..^-^

Wednesday, March 2, 2011

DAN BEGITULAH KEHIDUPAN..

salam..dan begitulah kehidupan ku sebagai seorang mahasiswi,banyak tugasan yang perlu disiapakan,kadang-kadang teringat kenangan silam,ahakz! lantas aku singkirkan semua itu untuk meneruskan perjalanan hidup ini,aku cuba melupakan semua kenangan itu,menutup serapat-rapatnya semua pintu fikiran ku,agar kenangan tersebut tidak lagi menyusup masuk ke minda ku..namun kenyataanya agak sukar melupakan semua itu.ya,baik ku biarkan saja,biar masa membawa terbang semua itu.
kehidupan ku sebagai mahasiswi kadang-kadang seronok,kadang-kadang memenatkan dan meletihkan,tambah-tambah kalau ada masalah kewangaan,memang agak sukar jugalah.tapi tak apa semua itu ujian hidup,fikir positif dan teruskan kehidupan sebab selepas hujan pasti ada sinar yang bakal menerangikan..hari ini sangat seronok buat aktiviti dengan madam kufa tadi,gelak gila-gila kitaorang 1 kelas.hehehe.best! thanks to all ece student for all of you lauging.
To mydear friend and my cosmate "salam takziah"sebab her mom died yesterday and i really hope that,dia bersabar banyak-banyak.dan semoga allah menempatkan emaknya dalam kalangan orang beriman.amin..

moral today:pasangan kepada hidup adalah mati,setiap yang hidup pastikan akan mati.cuma masa sahaja tidak tahu bila.

Tuesday, February 22, 2011

BANYAK TUGASAN..

as a student memang macam tu lah..banyak kerja,banyak tugasan..semua perlu disiapkan untuk sem ini..
tertekan juga tapi apa boleh buat itulah dunia pelajar universiti,bak kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..jika kita bersabar pasti semua akan selesai dengan baik,kita perlu yakin dengan kemampuan diri kita,sebab itulah penting untuk kita mengenal siapa diri kita,dan apa kemampuan diri kita.saya percaya semua orang ada kelebihan masing-maing,oleh itu pergunakanya sebaik mungkin untuk diri sendiri dan orang lain.
hari ini saya bersama teman-teman ke taska sebelah dengan rumah saya,seronok tengok karenah budak-budak tu..memang comel ..geramnya.kami ke sana untuk buat tugasan la..satu pengalaman yang menarik untuk dicatat hari ini..hehe..

akhir kata:bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan oleh allah kepada kita..=)

Thursday, February 17, 2011

CAMPUS LIFE IS BACK....




im happy when all my friend are happy..=) my life was full with happiness and i think some of it is awesom,yeah! but the terrible things is my matriks card lossttt!!!! o god,!need to pay rm50 to get a new 1...but just small matter i think,eventough it can make me stress but just think positive,there,s a lot of people outside there have a big problem more than me,so take an effort to make everything was fine like before.
the assigment was berlambak-lambak macam joget lambak da..huhu..but it,s normal,just take it easy,then think positive..=) Happy Birthday to my dear best friend NUR HAFIZAH BT MOHD NAZRI..you the best friend that i have,and im proud to be your friend...=)..than,im going to BROGA HILLS such a nice place that i ever go..yeah! subahanallah...sungguh agung ciptaan mu ya allah...to see the sunrise..so nice...hopefully after this everything was ok...and aku bertamah-tambah happy..tapi study jangan lupa..yerr..cayok!..wassalam =)

Tuesday, January 25, 2011

be happy and be grateful..

salam...im happy with my life..im thankful to allah becuz i have my parents and my family..i enjoy my life becuz i have my friends around me..and my life just for allah and my goal is to achive my goal..and im so thankful to allah becuz i have evrything and i think it,s enough for me to enjoy this life

Friday, January 21, 2011

rindu...

rindu dengan ibu-ayah..kawan-kawan,kampung halaman..lama lagi baru boleh balik..=(

Tuesday, January 18, 2011


"Ah!! Tensionnya!"

"Banyaknya masalah"

"Ada tak orang yang hidup tiada masalah?"

Satu demi satu persoalan mengetuk gegendang telinga saya, jika persoalan-persoalan itu mampu memberi kesan kepada gegendang telinga, pastinya gegendang telinga saya sudah berlubang sekarang! :)

Adakah manusia yang tidak punya masalah?

Bertanya persoalan yang seperti itu, seolah-olah kita bertanya: Adakah manusia hidup yang tidak bernafas?

Benar. Masalah sudah amat sinonim dengan diri seorang insan kerdil lagi hina bergelar manusia. Sedangkan Nabi dan para sahabat juga dicubit sayang oleh Allah, inikan pula kita manusia biasa...

Persoalannya bukan adakah manusia yang tidak ada masalah tapi lebih kepada bagaimana kita menghadapi permasalahan yang ada.

Jika kita cuba lari dari masalah percayalah masalah itu tidak akan pergi.

Berhadapanlah dengannya.

"Sebenarnya... Hidup bila tidak ada masalah jadi mendatar, jadi tidak ada kenangan yang hendak dikenang.. Jadi hambar." Sahabat yang saya kasihi melontarkan nasihat.

"Tapi kan bila ada masalah jadi susah hati, jadi sedih..." Saya menyambung.

"Memanglah, mana ada orang ada masalah suka hati je..."

Saya ketawa. Benar, masalah itu menjadikan hati menjadi murung tapi di sebalik kemurungan itu akan terselit pula kebahagiaan.

Apabila masalah itu telah selesai, percayalah kita pasti mampu tersenyum malah tertawa sewaktu mengenangkannya.

Maka,jangan sesekati berkata: "Oh Allah! Aku ada masalah yang besar!" Tapi berkatalah:

"Oh Masalah, Aku ada Allah yang Maha Besar!"

Allah Pasti Akan Membantu

"Macam mana ni..." Matanya berair, berserta esakan yang perlahan. Hujung tudungnya diambil sedikit buat mengesat air mata yang kian mengalir. Saya gusar. Melihatnya mengalirkan air mata membuat saya tidak keruan.

"Sabar..Sabar.."

Sergahan ustaz tentang hafazan kami membuatkan hati sahabat-sahabat sekelas menjadi kecut. Ah, takut ujian yang diberi tak dapat dijawab dengan baik, takut hafazan tersekat di tengah-tengah.

Memandang sahabat yang sedang menangis itu, entah kenapa secara tiba-tiba saya berasa sedikit tenang, seolah-olah terdengar-dengar janji Allah ;

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj :22)

"Ok, cepat cepat!" Ustaz memanggil.

Sahabat saya nan satu itu ke hadapan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Beberapa minit berlalu....

Surah An-Naba' dan An-Naziat berjaya dilepasi.

Berjaya pula dia mendapat 10/10.

Oh Allah, betapa Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu yang berusaha!

Jangan berputus asa

"Saya rasa masalah saya ni dah tak ada jalan penyelesaian dah. Buntu."

Ingatkah kita pada firmanNya ;

"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Jangan sesekali berputus asa. Masakan Allah menimpakan ujian dengan sia-sia, masakan Allah sengaja membuat kita sakit dan bersedih.

Sedangkan setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati, masakan masalah yang kita hadapi langsung tidak punya jalan penyelesaian.

"Saya dah puas cuba macam-macam, tapi...tapi..begini juga."

Nah, lihat kembali dalam diri.. Segala keputusan yang diambil, adakah dikembalikan kepada Allah. Maksud saya, adakah kita redha, adakah segala keputusan dan tindakan yang kita ambil kita bertawakal kepada Allah atau kita merasa yakin dengan diri kita sendiri?

Hakikatnya...Allah timpakan ujian agar kita memuhasabah diri. Allah beri sakit untuk kita menghapus dosa, Allah beri kesusahan agar kita kembali padaNya.

Jika kita menyombong diri...termasuklah kita dalam kalangan orang yang rugi.

Jika kita tidak kembali pada Allah... Terbengkalailah masalah kita dengan seribu persoalan.

Kembalilah... Allah menantimu.

Berusaha dan kemudian serahkan urusanmu pada Allah.

Sungguh, Dia lebih Mengetahui!

Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah..Walau kamu terasa payah, walau kamu terasa seksa.. Kerana hakikatnya Allah akan membantumu. Pasti! Jangan diragui.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)

HARI-HARI YANG DILALUI..

salam..nampaknya aku semakin sibuk dengan kuliah,semoga semua berjalan dengan baik untuk sem ini..gud luck untuk semua.=)

Thursday, January 6, 2011

jalan-jalan..





SALAM.hari ini pergi berjalan-jalan bersama sepupu-sepupu,husband diorang,dengan pak cik,berjalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaan allah..persinggahan pertama ialah taman air panas poring di ranau,banyak juga pelancong asing yang datang walaupun bukan musim cuti sekolah.kalau musim cuti sekolah lagi mesti ramai orang datang.lepas tu,kami pun bermandi-mandah di kolam yang disediakan.sekejap sahaja berada di sana sebab hari nak hujan.persinggahan kedua ialah tempat ikan kelah gigit-gigit kaki,lupa sudah nama tempat tu,tapi tempat tu memang best kalau nak buang sel kulit mati,antara tempat paling bestlah dekat ranau ni.sebelum pulang singgah sebentar di pasar ranau,membeli-belah sedikit.terima kasih kepada sepupu-sepupu ku yang telah membelanjakan duit mereka pada hari ini.terima kasih daun keladi,lain hari saya pula yang membelanja anda hehe..