Tuesday, December 7, 2010

dulu...........


dulu bila tidak diperlukan,aku dibuang begitu sahaja..
dulu bila bahagia aku dilupakan,aku terpinggir jauh..
dulu bila aku cuba menghampiri,dia menjauh..
sakit hati ini hanya tuhan yang tahu..
aku kuatkan diri,bangkit dari kesakitan semalam..
dan akhirnya aku berjaya bangkit semula..
namun,tidak beberapa lama kemudian..
dia kembali semula..
memohon kemaafan..
dan ingin semuanya seperti biasa..
semudah itu..
baiklah,aku hanya manusia biasa..
dan tanggungjawab ku untuk memaafkan mu..
namun,dalam hatiku bertanya adakah aku betul-betul memaafkan dia..
sehingga kini jawapan pasti belum ditemui..

Tuesday, November 30, 2010

selamat datang..

selamat datang bulan baru,bulan disember bulan akhir dalam tahun ni.cepatnya masa berlalu,meninggalkan suka-duka,pahit-manis kenangan..pepriksaan akan berakhir dalam 2hari lagi..insyiallah akan melakukan sehabis-daya..lepas tu masa yang dinantikan untuk pulang ke kampung halaman,terasa rindu dihati semkin berbungga-bunga .tidak sabar bertemu ayah bonda,ya allah semoga kau memelihara aku dalam perjalanan pulang/balik ku nanti..insyiallah amin..

Thursday, November 18, 2010

Syukran Ya Allah

Asalammulaikum..syukran ya allah kerana masih meminjamkan aku roh,untuk aku terus bernyawa di muka bumi mu ini,bagi menjalankan perintah dari mu,supaya beribadat kepada mu, melunasakan taggungjawabku terhadap kedua orang tua tercinta,dan menjadi khalifah berguna di muka bumi mu ini.

hari-hari yang sibuk di kampus,final exam seminggu lagi dari sekarang,adakah aku bersedia?jawapanya..insyiallah semua akan baik-baik saja..

Bersabarlah Mengahadapi Ujian


Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.

Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.

Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.

Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:

[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.

Ciri Manusia Yang Sabar

Manusia yang sabar ialah mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan segera ingat kepada Allah, dengan berkata, "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un," bahawa hidup kita ini secara keseluruhannya adalah hak milik mutlak Allah - apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah. Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.

Para 'ulama mengingatkan bahawa sabar itu mestilah berlaku pada pukulan pertama, iaitu ketika mula-mula musibah melanda. Bukannya seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar, barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata, "Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."

Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut walaupun dilanda kesusahan.

Apa pula bentuk khabar gembira itu? Pertama khabar gembira itu datang dalam bentuk selawat daripada Allah, iaitu mendapat keberkatan daripada Allah dan keampunan dari dosa-dosa.

Kemudian datang pula rahmat Allah melimpahi mereka. Sa'id ibn Jubayr rahimahullah, seorang tokoh Tabi'in mengatakan bahawa rahmat itu ialah pelindung daripada siksa azab neraka. Dan akhirnya mereka adalah orang yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah. Orang yang mendapat petunjuk pula akan mendapat ganjaran yang banyak kerana mereka mengikut petunjuk Allah.

Abu Salamah Dan Ummu Salamah

Ada satu kisah menarik yang perlu kita soroti. Siapa yang tidak kenal akan Abu Salamah dan isterinya, Ummu Salamah, radiyallahu 'anhuma. Kedua-duanya adalah antara sahabat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam yang terawal memeluk Islam. Mereka berdua adalah antara pasangan yang sangat bahagia, namun ditentang oleh suku kaum mereka kerana mereka memeluk Islam. Suku Makhzum adalah antara puak yang terkenal sangat kuat menentang Islam di Makkah.

Pada awalnya, kedua-dua Abu Salamah dan Ummu Salamah berhijrah ke Habsyah. Kemudian tatkala timbul seruan hijrah ke Madinah, bersiap-siaplah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anak mereka Salamah untuk berhijrah ke Madinah. Abu Salamah hanya memiliki seekor unta, maka dia terpaksa berjalan dan membiarkan isteri dan anaknya menunggang unta.

Malang sekali di pertengahan jalan, kaum keluarga mereka telah mengejar dan menahan mereka. Unta Abu Salamah dirampas, manakala Ummu Salamah dibawa pulang oleh keluarganya ke Makkah manakala keluarga Abu Salamah pula mengambil anak mereka Salamah kembali ke Makkah jua. Akhirnya Abu Salamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, dan terpisahlah ketiga-tiga mereka.

Setiap hari, Ummu Salamah akan kembali ke tempat mereka dipisahkan dan mengenangkan suaminya di Madinah dan anaknya yang dijaga oleh keluarga suaminya di Makkah. Lebih kurang setahun ketiga-tiga mereka hidup terpisah sehinggalah akhirnya Ummu Salamah dan anaknya dibebaskan.

Dengan semangat yang kuat, Ummu Salamah membawa anaknya, Salamah yang masih kecil untuk ke Madinah. Bayangkan seorang wanita dan anak kecilnya ingin berjalan jauh menuju ke pangkuan suami berseorangan semata-mata kerana ingin menjaga agamanya!

Ummu Salamah tidak mahu berlengah kerana takut suku kaumnya akan merubah fikiran dan kembali menahannya dan memisahkannya dari anaknya. Lantas dia memulakan perjalanan, dan sesampainya di Tan'im, penjaga Kaabah - Uthman ibn Talhah yang masih belum memeluk Islam berpendapat bahawa tidaklah patut Ummu Salamah dan anak kecilnya dibiarkan berkelana ke Madinah tanpa ditemani lelaki. Maka dia berjanji kepada Ummu Salamah bahawa dia akan membawa mereka ke Madinah.

Akhirnya bersatulah kembali Ummu Salamah dan suaminya, Abu Salamah. Percintaan suami isteri ini sangatlah kuat, sehingga dikatakan pada suatu hari, Ummu Salamah berkata kepada suaminya bahawa dia (Ummu Salamah) mendengar daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam bahawa sekiranya kedua-dua suami isteri dapat masuk syurga, maka si suami akan kembali bersama isterinya jika isterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya; begitu juga isteri akan bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya mati.

Lantas Ummu Salamah meminta suaminya agar mereka sama-sama berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang mereka mati dahulu agar dapat bersama-sama kembali di syurga. Tetapi suaminya, Abu Salamah berkata, sekiranya dia (Abu Salamah) mati dahulu, dia mahu isterinya berkahwin lagi. Lantas Abu Salamah berdoa kepada Allah, andai dia (Abu Salamah) mati dahulu, kurniakanlah kepada isterinya seorang suami yang lebih baik darinya. Begitu hebat cinta dan kasih sayang kedua-dua suami isteri ini.

Pada peperangan Uhud, Abu Salamah mengalami kecederaan teruk. Ketika masih dirawat isterinya, Abu Salamah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam memberitahu, sesiapa yang ditimpa bala musibah, hendaklah dia menyebut istirja' (Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un), dan berdoa, "Ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik." Akhirnya Abu Salamah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, dan tinggallah Ummu Salamah bersama anak-anak mereka di Madinah.

Ummu Salamah, tatkala teringat kembali akan kata-kata suaminya, sering melafazkan istirja' dan doa tersebut. Cuma dia seringkali tidak dapat meneruskan lafaz 'berilah ganti yang lebih baik', dan jika disebut juga lafaz tersebut, dia akan terkenang kerana baginya siapakah lelaki yang dapat menjadi suamu yang lebih baik daripada Abu Salamah. Segala kesusahan yang pernah mereka alami tatkala mula-mula memeluk Islam, ditambah dengan kebahagiaan mereka di Madinah menguatkan lagi rasa cinta Ummu Salamah kepada suaminya. Namun akhirnya berkat doa Ummu Salamah tersebut Allah mengurniakan Ummu Salamah seorang suami yang akhirnya diakui lebih baik dari Abu Salamah. Siapakah lelaki itu? Tidak lain daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri.

Lihat sahaja ujian yang melanda Ummu Salamah. Ujian apakah yang lebih berat daripada kehilangan insan-insan tersayang yang banyak pula menempuh suka duka kehidupan bersama di jalan Allah. Namun Allah tetap memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar.

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah



Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!

Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.

Saturday, November 13, 2010

HARI-HARI YANG DILALUI...

hari-hari yang agak sibuk minggu ini,dengan tugasan yang agak banyak,dan kadang-kadang terpaksa memilih satu antara dua..tapi itulah hakikat kehidupan harus ditempuhi hari-hari itu,dengan kekuatan dalam diri..semoga allah sentiasa menguatkan diri ku.kerana ujian itu sebenarnya tarbiah dari allah swt..:)

Thursday, November 11, 2010

Andai Seorang Lelaki itu datang..

Sel, 09 Nov 2010 16:31 | Dr. Radzi | Editor: RaIdAh
alt
Tweet

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

Monday, November 8, 2010

HIKMAH KEMBARA...


Dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi sy melalui benda-benda yang amat menarik bagi saya,namun untuk orang lain saya tidak pasti.Hari itu saya menaiki KTM untuk ke suatu destinasi,ada seorang budak perempuan dan pak cik,budak tu buta,dia guna kaca mata hitam tapi ayah budak tu sangat perihatin kat dia,dia jaga anak dia baik-baik sepanjang perjalanan dalam "train"itu,budak tux biasa naik train tu kot..sebab saya lihat dia hampir jatuh tergolek,tapi nasib baik ayah dia sempat sambut..lepas tu diorang duduk.Budak tu muntah,(minta maaf)..hampir penuh plastik dia saya tengok..kesian juga,saya nak bagi plastik tapi saya tak bawa plastik pula..hurmm..kemudian adalah seorang pakcik tu yang duduk bertentangan dengan pak cik dan budak perempuan tulah..kemudian pakcik tu hulurkan plastik..plastik tu isinya biskut dalam bekas.baik sungguh hati pak cik tu,walaupun dia nak guna plastik tu tapi dia bagi kat org yang lebih memerlukan,selepas itu.hari seterusnya saya naik train lagi,saya duduk dalam train kemudiann ada bunyi "bdebuk"bunyi barang jatuh..saya tengok seorang pak cik berdiri,plastik dia koyak habis air minuman 100plus dengan roti dia jatuh,agak banyak jugalah barang dalam plastik tu..saya nak tolong tapi..saya tak bawa plastik pula..hurmm..adalah seorang abang tu hulurkan plastik kat pakcik tu,kemudian diorang sembang-sembang.kesimpulanya,jadilah rakyat malaysia yang berbudi bahasa dan amalkan sikap suka bantu-membantu..saya terfikir juga kenapa saya tak boleh jadi macam abang dan pak cik yang hulurkan bantuan tu..;)

Monday, November 1, 2010

KEMATIAN(i luv islam.com)


Dalam banyak perkara, saya melihat secara umumnya manusia takut untuk mati. Saya juga tidak terkecuali. Jangan tersalah anggap, saya tidak mengatakan bahawa takut mati itu tidak baik. Ia baik kerana dengan rasa takut ini, kita lebih terdidik untuk menghargai. Menghargai diri sendiri dan orang lain.

Dalam Islam sendiri, Allah melarang hamba-Nya daripada memutuskan nyawa (bunuh diri) dan membunuh orang lain tanpa sebab yang dibenarkan. Ini jelas menunjukkan Islam sangat memelihara keselamatan jiwa makhluknya baik manusia juga binatang serta tumbuh-tumbuhan.

Tapi dalam masa kita takut mati, saya memerhatikan bahawa tidak ramai manusia yang takut untuk masuk neraka. Pelik, tapi ia reliti kehidupan. Manusia takut mati, tapi tidak takut jika dihumbankan ke dalam neraka.

Mengapa saya berkata begitu?

Bukankah dalam Islam, perkiraannya mudah. Jika kita mahu ke syurga yang penuh dengan nikmat, kita harus taat kepada Allah. Sebaliknya jika mahu ke neraka yang penuh dengan sengsara, maka kita tidak perlulah mengikuti garis panduan dan ketetapan-Nya. As simple as that.

Falsafah Kematian

Dalam menyelami falsafah kematian, ulama-ulama telah menerangkan bahawa mati itu ialah suatu proses perpindahan manusia, dari satu alam kepada alam yang lain. Lebih tepat, dari alam dunia kepada alam barzakh sebelum berangkat ke alam akhirat.

Benar, kematian itu jelas. Setiap yang bernyawa ada jangka hayatnya. Macam roti, ada expirednya. Tapi neraka itu juga realiti, benar, dan sahih. Neraka juga wujud, seperti kematian.

Bukan kisah dongeng, tapi benar. Ia pasti benar.

Persoalan

Mengapa Tuhan ciptakan neraka, jika benar Tuhan itu Pengampun, Pengasih dan Penyayang?

Maka, disini kita harus melihat sifat Allah Yang Maha Adil. Di sinilah keadilan Allah. Dia menciptakan syurga serta neraka. Bagi hamba yang baik, tempatnya syurga tapi bagi hamba yang jahat, nerakalah destinasinya.

Apa pernah kita dengar bahawa penghuni syurga itu orang zalim? Yang merasuah, membunuh, menganiaya, merogol, mencuri, merompak, derhaka atau yang suka mencarut serta bercakap kasar?

Tidak! Bahkan penghuni syurga itu sifatnya pemaaf, berbudi bahasa, baik tutur kata, bertanggungjawab, penyayang, lemah lembut, amanah dan lain-lain. Semuanya sifat yang baik-baik.

Baik kepada siapa?

Adakah kebaikan ahli syurga ini menguntungkan Tuhan? Oh, sama sekali tidak! Allah sama sekali tidak berharap dan memerlukan (bergantung) kepada makhluk, sebaliknya makhluk yang memerlukan Allah. Dan kebaikan ahli syurga ini tidak lain adalah menguntungkan makhluk juga terutamanya manusia.

Maka, yang selalu kita baca di dada akhbar ialah orang jahatlah yang selalunya mencuri atau buat jenayah. Tidak dinafikan, dalam kes-kes terpencil ada juga melibatkan orang bertudung labuh seperti kes pelajar sekolah agama buang bayi, tapi itu sangat terpencil.

Takut kepada neraka, apa kesannya?

Kita akan takut untuk berbuat amalan ahli neraka. Itu pasti. Amalan ahli neraka semuanya buruk-buruk belaka. Adakah dengan meninggalkan amalan ahli neraka akan menguntungkan Allah? Tidak! Sebaliknya yang untung ialah diri anda sendiri. Anda tidak akan dibenci, diburu polis, dirundum tekanan perasaan, dihantui rasa kesal dan paling nyata, jika anda seorang pendosa yang tak kenal erti taubat, anda tidak akan pernah merasa tenang walau sesaat dalam hidup.

Takut mati dan takut ke neraka, mana yang lebih utama?

Jika takut mati, maka yakinlah firman Allah dalam surah Al-Munafikun ayat 11:

"Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya"

Mati, sakitnya sebentar. Nazak atau sakit sakaratul maut, tidak sampai bertahun. Tapi jika sudah menjadi ahli neraka, takkan sekajap. Pasti bertahun diseksa.

Sakit mati, semua makhluk merasakannya termasuklah nabi dan rasul serta orang soleh. Semua 'menikmati' kesakitan yang hampir sama, tapi azab neraka cuma disediakan untuk VVIP sahaja, iaitu orang yang tidak bertaubat atas segala dosanya.

Takut mati kedudukannya lebih rendah daripada takut ke neraka. Kerana jika telah sampai seruan jihad al-qital, maka takut neraka akan mengatasi takut mati. Dengan itu, gugurlah para syuhada' yang dijamin tempatnya di dalam syurga. Takut mati, perlu tapi takut ke neraka adalah berkali-kali lebih perlu!
Duhai Hati, Janganlah Terkorban Dengan Dunia
Ahd, 31 Okt 2010 14:12 | azniey | Editor: kasihsayang
Print
alt
Tweet

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?

Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.

Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?

Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?

Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.

Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?

Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?

Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

hari ini..


memulakan hari dengan agak kelam-kabut sekali sebab hari ini saya balik rawang..hehe,seronoknya lama x jumpa sepupu,tapi saya bawa banyak barang..huhu..agak penat untuk membawanya ke sana ke mari.Nanti kena naik train pula,harap2 semua selamat lah..insyiallah.hari ini dalam kelas miss linda janet mengantuk pula..aduii..tapi bila cerita pasal bab-bab hantu ni,terus segar,sesegar embun pagi hehehe..seronok kelas janet linda dia kongsi banyak cerita,dia suka bagi peringatan kepada pelajar-pelajarnya.harap-harap dapat lulus baik dalam kertas dia exam tahun ini,inysiallah.kepada housemate tersayang buat umi atiqa,asmida n biha hati-hati balik johor,semoga selamat sampai.sayang korang..:)

saya rindu..............



saya rindu ayah dan ibu saya,x sabar mahu balik sabah..
rindunya dengan tenom...
rindu dengan rumah dan bilik...
tapi kena duduk exam dulu baru boleh balik..
saya harap saya boleh bersabar lagi..
saya rindu ayah dan ibu..
saya sayang ayah dan ibu..,<3

Sunday, October 31, 2010

selamat datang bulan november..

selamat datang bulan november,selamat tinggal bulan oktber,selamat tinggal semua kenangan yang lalu,semoga saja selepas ini aku akan sentiasa kuat melalui hari-hari yang mendatang..ya aku mesti kuat,ya allah beri aku kekuatan dalam menjalani hari-hari mendatang..insyiallah..semoga semua orang berada dalam lindungan allah swt dan sentiasa menghargai setiap perjalanan hidup ini..:)

CERITERA HARI INI.......


Hari ini pergi Bukit Jalil temankan kawan pergi beli tiket,pertama kali menjejakkan kaki..hmm agak besar juga stadium tu.tapi agak menyakitkan mata kerana sampah-sarap di sana,sini..sangat menyakitkan mata,seperti pusat pembuangan sampah sahaja kesian orang yang membersihkan kawasan tu,mesti dia penatkan.Bagaimana kita mahu mencapai minda kelas pertama sekiranya rakyat Malaysia masih seperti ini,masih tidak tahu menjaga kebersihan,masih tidak ada kesedaran tentang kebersihan,kerana kebersihan itu sebenarnya melambangkan identiti rakyat Negara itu sendiri.Bertanya saya dalam hati,apa pula pandangan orang asing yang datang ke Negara kita ini,apabila melihat sampah-sarap yang begitu banyak sekali,aduhaii rakyat Malaysia..marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan Negara kita yang tercinta ini..terkenang pula kampung halaman kat sabah,walaupun daerah pedalaman tapi keadaanya masih terkawal,rindunya kehijauan Tenom daerah kesayanganku.
Pertama kali berjalan-jalan kat KL x la best sgt biasa saja,saya terpandang penjara pudu yang penuh bersejarah itu..x sangka boleh lihat depan mata,ialah selama ni tengok dalam tv saja,x rasa sangat,tapi bila berhadapan terasa bangunan bersejarah itu sungguh unik,walaupun sekarang dalam proses untuk diruntuhkan,tapi unik dan x silap saya dibina pada tahun 1896,kalau salah minta maaf hehe..saya terasa sangat keunikanya..sayang sekali ,kenapa bangunan bersejarah seperti itu dilenyapkan oleh pembangunan yang hanya mementingkan kemegahan tetapi tidak ada nilai dan sejarahnya tersendiri..semoga saja penjara pudu itu segar dalam ingatan setiap rakyat Malaysia,dan kekal dalam lipatan sejarah Negara Malaysia.
Berjaya Time Square mega mall..terpegun seketika melihatnya,cantik..memang cantik..seronok berjalan-jalan kat sana,namun jangan dillalaikan oleh keindahan dunia,walau di mana sahaja kita berada ingat perintah allah swt,bahawa solat itu wajib bagi setiap umat islam,dan solat adalah tiang agama.Oleh itu,saya pun bersolat dahulu sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.:)
Saya terkesima seketika ketika melihat iklan yang ditampal di dinding stesen monorel KL,hmm kes budak hilang..ya allah banyaknya berita tentang kehilangan anak-anak sekarang ini,kasihan mereka apalah yang terjadi kat buadak tu,x ingat sangat nama budak tu,dia hilang sekitar bulan jun mungkin saya tidka pasti.kemudian iklan yang sama kat KL senterl,tp ada seorang lagi ikalan budak hilang bulan 10 september rasanya dia hilang,ya allah ke mana anak2 itu pergi?kepada ibu bapa yang berada di luar sana saya bukan siapa-siapa untuk mengingatkan anda,tapi saya risau sekiranya benda yang sama berulang kembali dan kadang-kadang benda ini menakutkan kita semua,hati-hati dan sentiasa awasi anak-anak anda.semoga anak-anak anda sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Itu saja untuk hari ini sekian..........................asalammulaikum.

KEMAAFAN ITU SESUATU YANG INDAH..


kemaafan...
bukan mudah memberi kemaafan kepada mereka yang telah menyakitkan kita..
namun,kemaafan itu perlu..
kerana kemaafan itu sangat indah..
walau jauh di sudut hati ini,masih tersimpan luka yang masih dalam..
namun,aku yakin suatu masa nanti pasti akan terubat..
kerana masa yang berlalu pasti akan mengurangkan kesakitan itu..
duhai hati,belajarlah memaafkan orang lain..kerana akan kau temui ketenangan disebalik
kemaafan itu..
ya allah,berilah aku kekuatan untuk memaafkan orang itu..
ya allah,aku mohon kepadamu supaya hati ini dijauhkan daripada rasa dendam dan benci..
walaupun memerlukan masa,aku pasti akan maafkan dia..
ya,aku pasti dan aku pasti itu...:)

Monday, October 25, 2010

nafas cintamu

Hidup takkan bermakna tanpa gelak tawa..

Hidup takkan bererti tanpa dinikmati..

Saudaraku,hidup hanya sekali !!

Bergembiralah engkau sepuas hati !!




Kerana bila esok hari tua menerpa,
Pasti tidak berdaya mengharungi usia.."
Suara itu seakan merasuk qalbi..



TETAPI. . .

Bagaimana mungkin aku mampu tertawa?
Tika teringat dosa yang menimbun,
Sedang pahala tiada terhimpun,

Bagaimana mungkin aku mampu terlupa?
Pada azab yang tersedia di neraka?
Pada hari pembalasan yang pasti tiba?
Sedang diri tiada sedia..

Bagaimana mungkin aku mampu terleka?
Bergelak tawa sedang kubur makin hampir..
Berbahagia sedang diri akan tersingkir ..
Tergelincir dari dunia..
Tersungkur meniti akhirat..
Tercicir mengejar redhaNya

Cukuplah gelak tawa semalam meninggalkan noda..
Noda yang menjadi nakhoda bahtera dunia..
Tatkala dipukul ombak,nyaris maut ditelan ombak..
Mendambakan bahagia seluas langit angkasa..
Tapi kabur dibawa kabus sedang arah terpesong entah kemana..
Menguasai layar dunia tapi angin akhirat sentiasa memberi ingat.
Lemahnya diri menggadaikan iman demi dunia fana..
Jahilnya diri mempertaruhkan iman pada harta,

Lalu,
Berikan aku jawapan..
Bagaimana mungkin aku tertawa kerna dunia?
Dunia yang menjual leka dan kepuraan,
Dibeli dengan dosa yang berkuponkan neraka.
Walhal,
Tangisan jua yang menyedarkan..
Tangisan jua yang membangunkan...
Munajat hamba ke jalan yang Hasanah..
Lantas aku berterusan menangis,
Gelisah iman yang nipis ini terhakis..
Takut akan RedhaNya menghiris..
Risau syahadah yang tak tersebut
di hujung nafas maut..

"Ah,usiamu terlalu muda untuk bertaqwa!
Langkahmu masih jauh wahai anak muda,
Ayuh sementara masih ada masa,
Masih bertenaga dan berupaya..
Kita langgar saja batasan dan syariah yang ada..
Esok bila jasad dimamah usia..
Duduklah menghabiskan masa di tikar sejadah,
Allah kan Maha pengampun Maha Pemurah,
Pasti dia menerima amal dan ibadah.
Barulah hidup namanya!"
Suara ketiga terus memujuk rayu..

Tahukah kau apa sebenarnya CINTA?
Tahukah kau apa sebenarnya RINDU?
Andai kau tahu,
Pasti bibirmu tak henti bertasbih,
Mensyukuri setiap detik nadi yang diberi..
Andai kau tahu,
Pasti jasadmu teguh pada sujud
dan bangun pada tahajud,
Andai kau tahu,
Pasti kering airmatamu menangisi
Limpahan kasih melalui kurniaan rezeki..
Di setiap penghujung s0lat dhuha..

Andai saja kau mengerti..
Pasti musibah menjadi bahagia..
Pasti sakit itu yang kau damba..
Pasti dahimu tak terangkat dari sejadah..
Pasti tangan mu lama menadah..
Mem0h0n Allah terus memberi hidayah..

Cinta yang didamba itulah Pemandu..
Cinta itulah yang menguatkan jiwa khalifah agar setia pada pencipta,
Cinta itulah yang merelakan hati berkorban tanpa balasan..
Cinta itulah yang akur pada ketetapan dan jujur pada perbuatan,
Cinta itu tetap mempesonakan walau dirempuh berjuta dugaan..

Rindu yang menerpa itu Pengajar..
Rindu itulah yang membasahimu dengan tangisan syukur,
Rindu itulah yang meneguhkan janji yang bersimpul,
Rindu itulah yang sentiasa menguji cinta khalifah pada penciptaNya..
Rindu itu tetap menggetarkan hati yang menyintaiNya..
Rindu itulah yang akan terus memuji walau disakiti..

Pada,
Masa yang sentiasa meninggalkan kita jauh.
Umur yang semakin bertambah mendekati langkah..
D0sa yang sentiasa mahu mengekori..
Amal yang masih terumbang-ambing di jalanan..
Iman yang sentiasa diuji ke mana arahnya..

Apakah yang lebih manis melainkan syurga ciptaanNya?
Sedang dunia yang hina lagi dipuja..
Apakah yang lebih seksa dari Azab Neraka?
Sedang hati masih 'wahan' terleka..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu

kekasih-kekasih dambaanku

Wahai pemilik cintaku
Aku ingin mencintai-Mu
Aku ingin menjadi kekasih-Mu
Aku rindu untuk bertemu dengan-Mu
Aku dambakan redha-Mu


Namun.. siapalah aku?
Apakah aku mampu?
Apakah aku layak?
Sesungguhnya aku malu
Aku malu kerana sering meminta
Aku malu kerana sering memohon
Aku malu kerana sering merayu
Sedangkan aku sering melupakan-Mu
Aku sering lalai dan leka melaksanakan perintah-Mu
Aku sering lupa dan alpa melakukan suruhan-Mu
Maka..layakkah aku mendapat cinta-Mu?

Wahai kekasih Allah
Aku rindu untuk berjumpa denganmu
Aku rindu untuk menatap wajahmu
Aku rindu untuk mendengar suaramu
Walaupun aku tidak pernah melihat wajahmu


Aku tahu..
Kami tahu..


Kau sangat mencintai kami.. umatmu
Kau menyayangi kami
Kau merindui kami
Tetapi..layakkah kami menerima cintamu?
Layakkah kami menerima kasih dan rindumu?
Sedangkan kami sering melupakanmu
Kami sering mengabaikan sunnahmu
Kami sering lupa untuk menyebut namamu
Dan kau pula tidak pernah melupakan kami
Sehinggalah ke saat-saat kewafatanmu
Maka..layakkah kami menerima cintamu?

Wahai bakal pendamping hidupku

Aku ingin mencintamu kerana Allah
Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Dan aku ingin merinduimu juga kerana Allah

Aku ingin kau seorang pemuda yang soleh
Kerana aku mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu
Aku ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya
Kerana aku ingin menjadi bidadarimu di syurga
Aku tidak memerlukan rupa dan hartamu
Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah
Dan aku ingin kau mencintaiku kerana kau mencintai-Nya


Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun..adakah aku layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan aku tidak punya apa-apa
Aku hanyalah gadis biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Mahukah kau mencintaiku?

Monday, October 18, 2010

lakaran kehidupan...


Hidup di bumi asing..
Perlukan kekuatan..
Walau sendirian,hati perlu dikuatkan..
Jiwa perlu dikentalkan..
Kesebaran perlu tinggi menggunung..
Ingat tujuan..
Fikir kejayaan..
Tanpa matlamat hilang tujuan dan kejayaan..
Singkirkan semua yang berlaku..
Jangan difikirkan yang telah berlaku..
Jangan dipedulikan masalah yang remeh..
Teruskan perjuangan jangan mengalah..
Dugaan itu sementara..
Selepas kesusahan menjelmalah kebahagiaan…

Monday, October 11, 2010

PENGAJIAN ISLAM(TAJUK 1)

NAMA: HAPIZAH ELMY BINTI LAUDI

NO.MATRIK:KJC1080120

TAJUK ARTIKEL:
MENYELESAIKAN MASALAH KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

MASYARAKAT ISLAM MENGIKUT CARA ISLAM.


 

SEKSYEN: 2


 

URL BLOG:
http://piza18.blogspot.com/


 

NAMA PENSYARAH: EN.MUHD MUNIB BIN AHMAD.


 

TARIKH HANTAR:11/10/2010


 


 


 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Islam adalah agama yang syumul dalam segala aspek .Al-Quran adalah sebuah mukjizat yang lengkap dengan pelbagai petunjuk ,ilmu,pedoman dan addin,tidak tertinggal walau satu pun bidang di dunia ini,semuanya ada di dalam kalam Allah tersebut.Begitu juga tentang rumah tangga .Al-Quran secara lengkap di samping hadis Rasulullah SAW telah mengajar umatnya bagaimana mahu membentuk sebuah rumah tangga yang bahagia dan penyayang .Membina keluarga yang bahagia dan penyayang mestilah mengikut ajaran dan panduan yang digariskan oleh agama.

Pembentukan keluarga dalam islam bermula dengan ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan secara sah mengikut hukum islam itu sendiri .Apabila rumah tangga itu di bina dengan sempurna dan sah ,maka ia mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah SWT.Untuk memupuk keharmonian hidup berumah tangga ,setiap suami isteri hendaklah mematuhi dasar-dasar hukum yang digariskan oleh islam agar terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini.Hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa juga akan membawa ke arah keluarga yang bahagia.Agama mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya.Sabda Rasullulah yang bermaksud:"syurga di bawa tapak kaki ibu".

Anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa sekalipun ibu bapa kafir dan ingkar terhadap Allah,namun mereka berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka .Ini kerana daripada mereka berdualah lahirnya anak-anak ke dunia ini.Islam melarang keras kita mencela atau memarahi mereka dengan bahasa yang kasar .Kita haruslah menasihati mereka dengan bahasa yang sopan.

Larangan derhaka kepada ibu bapa,islam melarang umatnya derhaka terhadap ibu bapa.Kerana pengorbanan mereka sangat besar dalam menjaga dan mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang soleh dan solehah,yang berjaya di dunia dan akirat.Jangan guna kata-kata "ugh" apabila disuruh oleh ibu bapa kerana itu bermakna kita telah derhaka kepada ibu bapa.Kita wajib mentaati kedua orang tua kita selagi tidak bercanggah dengan suruhan Allah dan Rasulnya.

Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa.Perkara ini meliputi keupayaan mendidik ,menjaga keselamatan,member kasih-sayang ,menyara perbelanjaan dan mempertahankan maruah.Oleh itu,bapa perlu banyak berkorban demi melaksanakanya.sesunggunya dalam hal ini bapa memainkan peranan yang penting dan memegang tanggunjawab yang besar.Maka dalam pelaksaan tersebut memerlukan keikhlasan,kesediaan,kesungguhan,pengetahuan tentang tugas kebapaan,kemampuan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

Dalam hal ini,Rasullulah s.a.w adalah contoh ikutan terbaik.Rasullulah menjelaskan aspek pergaulan dan kasih-sayang adalah intipati kebahagiaan sesebuah keluarga.Oleh itu,Rasulullah menganjurkan agar setiap bapa melakukan yang terbaik untuk keluarga.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah orang yang paling baik dalam (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku''(Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Amat penting bagi bapa agar sentiasa berpegang bahawa konsep mendidik anak hendaklah berterusan .Bapa adalah contoh ikutan untuk membentuk peribadi anak.Oleh itu anak memerlukan masa bersama-sama bapa untuk memerhati dan mencontohi apa yang dilakukan oleh bapanya.Bapa adalah guru yang berkesan.Anak mudah percaya apa yang dikatakan oleh bapanya.

Hadith riwayat at-Tarmizi bermaksud"tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik darpada seorang ayah kepada anaknya selain daripada budi pekerti yang baik."

Firman Allah bermaksud:''wahai orang-orang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu(berhala)",(at-Tahrim :6)

Selain itu,seorang ibu juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membantu suami melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga.Dalam erti kata yang lain,ibu merupakan"tulang belakang "kepada bapa/suami dalam menjalankan tugas untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.Seorang ibu haruslah sentiasa bersabar dengan karenah anak-anak,dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak,terutamanya mereka yang berada di usia remaja.Hal ini kerana,dalam usia yang mudalah mereka mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Ibu merupakan penasihat terbaik kepada anak-anak,hal ini kerana jiwa dan sifat keibuan yang semula jadi lembut,memudahkan mereka mendampingi anak-anak.Melalui kaedah berdamping dengan anak-anak,ibu akan dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak.Oleh itu,jalan penyelesaian dapat dicari dan anak akan merasa sentiasa disayangi dan di beri perhatian.

Sebagai seorang ibu,menjadi tanggungjawab mereklah untuk menjadikan rumah sebagai tempat kediaman yang selesa dan sentiasa ceria,agar anak-anak tidak bosan duduk di rumah,dan menghabiskan masa lapang bersama keluarga tersayang.Ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu-bapa dan anak-anak.Seorang Arab Badwi menanyai Nabi SAW:"Apakah engkau menciumi mereka(anak-anak),(sedangkan) kami tidak pernah berbuat demikian(kepada anak-anak kami)."Nabi SAW pun bersabda:"Apa engkau tidak takut nanti Allah akan mencabut perasaan kasih dan sayang dari hatimu?" (Riwayat Imam Bukhari dariapada Sayidatina Aisyah r.a).

Selain itu,dalam melahirkan institusi kekeluargaan yang aman dan bahagia berlandaskan syariat islam,ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan ,agar dapat melahirkan sebuah keluarga yang diberkati dan diredai oleh Allah SWT.Oleh itu,ibu bapa perlu saling bantu-membantu dan bertolak ansur dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

Anak adalah amanah Allah yang mesti dicorak menurut perintah dan kehendak-Nya untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaannya di dunia dan akhirat .Sabda Nabi SAW:Setiap anak yang lahir itu adalah dalam keadaan fitrah(islam:suci bersih).Maka ibu bapanyalah yang bertindak menjadikanya Yahudi atau Nasrani atau Majusi".Ibu bapa wajib memberikan pendidikan yang betul kepada anak-anak mereka ke jalan yang diredai Allah SWT.Tanpa bekalan ilmu untuk dunia dan akhirat,anak-anak akan hidup terumbang-ambing.Selain itu,kecuaian ibu bapa memberikan pendidikan agama yang sepatutnya,menyebabkan timbul masalah gejala sosial seperti budaya lepak,bohsia-bohjan,sumbang mahram dan sebagainya yang melanda negara kita sekarang ini.

Ibu bapa merupakan model kepada anak-anak.Oleh itu,ibu bapa perlulah berkelakuan sopan dan mulia.Tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan anak-anak.Dampinglah anak-anak dengan memberikan kasih-sayang yang sempurna .Luangkan masa untuk berbincang tentang masalah mereka .Anak-anak perlu diberikan kasih-sayang dan perhatian.Sekiranya diabaikan tanggungjawab ini,jiwa anak-anak akan merasa kekosongan dan tidak diperlukan oleh ibu bapanya.Mereka akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi jiwa mereka di luar rumah.Akibatnya ramai yang terjebak ke kancah maksiat dan dadah,maka porak perandalah keluarga tersebut.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:'Hak anak ke atas bapanya,supaya membaikkan akhlaknya dan membaikkan namanya.

Kewajipan ibu bapa ialah membentuk peribadi anaknya selaras dengan tuntutan Allah SWT.Ini akan membahagiakan hidup mereka di dunia dan akhirat.Apabila jiwa anak-anak telah ditanam dengan takwa dan keimanan islam,maka kasih sayang dan hormat menghormati wujud dalam keluarga tersebut .Ibu bapa wajib memberikan ilmu dunia dan akhirat kepada anak-anak mereka.Anak-anak yang berilmu dan beriman akan sentiasa mengingati ibu bapa mereka apabila mereka telah tua ataupun telah meninggal dunia.Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud.'Apabila mati seorang anak Adam,maka terputuslah amalanya kecuali tiga perkara sahaja iaitu sedekah yang berkekalan,ilmu yang boleh dimanfaatkan denganya dan doa daripada anak-anak yang soleh.

Islam juga menganjurkan kita mempunyai hubungan yang baik sesama individu .Sabda Rasullulah SAW Yang bermaksud :''Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.Nabi SAW bersabda lagi yang bermaksud:'yang paling baik di antara kamu ialah yang baik pergaulanya terhadap keluarganya'.Anak-anak perlulah dididik dengan pergaulan yang baik sesama mereka.Ibu bapa mestillah berlaku adil dalam melayani karenah anak-anak mereka supaya terhindar daripada persaan hasad dengki,iri hati dan dendam.Sabda Rasulullah SAW :"bertakwalah kamu kepada Allah dan berlaku adillah di antara anak-anak kamu ."(Riwayat Muslim) . Selain itu,anak-anak yang lebih kecil hendaklah menghormati abang atau saudara mereka yang lebih tua.Manakala abang atau kakak mestilah bertolak ansur dengan adik-adik mereka .Apabila sikap ini dapat ditanam dalam diri anak-anak ,tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga dan mereka saling sayang menyayangi antara satu sama lain.Aman tenteram dan berbahagialah keluarga tersebut.

Peranan keluarga bahagia ialah mewujudkan suasana penghayatan Islam dalam rumah tangga seperti melaksanakan sembahyang berjemaah, membaca al-Quran bersama, membaca buku agama beramai-ramai, makan bersama dan memberi salam semasa masuk atau meninggalkan rumah. Keluarga berperanan mewujudkan suasana kerohanian, kepatuhan terhadap pelaksanaan syariat, penerapan nilai mulia dan adab-adab keislaman dalam diri serta kehidupan ahli keluarga. Ketua keluarga juga perlu menjauhkan ahlinya daripada makanan haram dan syubhat.

Setiap ahli rumah tangga muslim hendaklah takut kepada perkara haram seperti takutnya seseorang kepada ular berbisa yang sedang mencari mangsa. Isteri hendaklah sentiasa mengingatkan suaminya supaya sentiasa mencari rezeki halal untuk keluarga.
Keluarga bahagia juga sentiasa menitikberatkan kesihatan dengan memastikan ahlinya tidak makan atau minum secara berlebihan sebaliknya hidup dalam keadaan sederhana. Tambahan, sekarang ini pelbagai penyakit mudah menyerang berpunca daripada pemakanan serta gaya hidup.

Kesalahan perlu diperbetulkan dengan baik dan bijaksana, kerana setiap masalah pasti ada jalan keluarnya, yang penting merujuk kepada Islam sebagai panduan hidup. Begitu juga dugaan yang datang, hendaklah diterima dengan hati terbuka seterusnya mencari kaedah terbaik mengatasinya.
Solat kubu yang melindungi daripada kejahatan, tetapi sering diabaikan. Ada ibu bapa yang setia melaksanakan suruhan Allah itu, tetapi tidak memberi penekanan terhadap anak hingga mereka gagal membina tiang agama dalam diri.

Selain itu,umat Islam perlu diberi kefahaman apa dia Islam yang sebenarnya. Kita dulu faham Islam sebagai Ad'din iaitu cara hidup tetapi kita perlu sedar cara hidup itu meliputi pelbagai aspek bukan setakat solat dan puasa sahaja."Ada orang bersolat tetapi dia tidak faham falsafah solat dan apa matlamat solat. Dia buat lebih kerana budaya kerana cetek ilmu. Hal yang sama dengan puasa dan ibadat haji."Begitu juga membaca Quran. Kita membaca bertaranum, bertajwid lepas itu menghafal tetapi kita tidak mengkaji Quran untuk mengambil panduan daripadanya," demikian menurut Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam wawancara dengan Bernama di pejabat IKIM di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, ada juga umat Islam yang melihat Islam itu dalam petak yang sempit dan tidak melihat kerja lain yang mereka lakukan sebagai satu ibadat."Ini jelas menunjukkan pemahaman agama mereka kurang sedangkan walaupun kita tidak berpendidikan tinggi dan hanya bekerja di kilang atau sebagai tukang kebun, itu juga dikira ibadat,"kata Nik Mustapha.Nik Mustapha menekankan bahawa agama Islam sebenarnya berperanan menyusun kehidupan manusia baik di peringkat individu dan masyarakat.

Pada dasarnya, kata beliau, dalam organisasi masyarakat, apa yang diperlukan ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang berperadaban, serba berkemajuan, hidupnya aman serta mendukung keluhuran undang-undang."Bayangkan jika tidak ada peraturan jalan raya, jika lampu trafik rosak. Huru hara akan berlaku. Ini bermakna mesti ada peraturan."Dalam masa yang sama hidup kita mesti ada keceriaan, hobi, rekreasi kerana semuanya itu ialah sebahagian daripada keperluan hidup. Kalau kita memahami semuanya itu, barulah nampak hidup ini luas dan semua aspek kehidupan itu agama," jelas beliau.Nik Mustapha turut menekankan bahawa di dalam Al Quran ada menyebut bahawa semua amalan umat Islam di dunia walaupun sebesar zarah akan dihitung pada hari akhirat.

"Segala yang kita lakukan kerana Allah akan dikira sebagai ibadat,"tambahnya. Di samping itu, beliau turut mencadangkan supaya pengurusan masjid memperluas peranan masjid dalam usaha menyusun peradaban masyarakat Islam.Menurut beliau, di zaman Rasululullan SAW, baginda menggunakan masjid sebagai pusat pemerintahan, tempat perhimpunan dan perbincangan di mana kemudiannya wujudlah sebuah masyarakat yang mempunyai peraturan dan sistem.

"Fungsi masjid perlu diperluas. Masjid boleh berfungsi untuk memberi panduan dan maklumat kehidupan untuk masyarakat, umpamanya mengenai soal berhubung pemakanan, kesihatan dan menjadi pusat riadah, sukan dan seni mempertahankan diri."Kita perlu menggunakan pendekatan kreatif untuk menarik masyarakat termasuk golongan muda untuk ke masjid. Mereka yang merempit itu mungkin kerana kurang aktiviti riadah," tambahnya.

Islam amat mengambil berat dalam membentuk keluarga yang penyayang yang hidup dalam bahagia dan aman sentiasa serta saling tolong menolong antara satu sama lain.Islam telah menggariskan panduan untuk menunjuk ke arah tersebut .Oleh itu kita wajar membina keluarga yang penyayang dan harmoni selaras dengan kehendak Allah dan Rasulnya.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

SUMBER RUJUKAN:

ARTIKEL MAJALAH

1.SMAHADZIR(2005,APRIL).Membina Keluarga Bahagia,menerusi Cahaya.

2.SYED MAHATZIR(2005,APRIL).Larangan Derhaka Kepada Ibu Bapa,menerusi Cahaya.

3.LOKMAN BIN ISMAIL(2005,OKTOBER).Peranan Bapa Semakin Mencabar,menerusi Sinar Rohani.

4.RUZANA HAMIM(2010,OKTOBER).Tunaikan Hak Mereka,menerusi Anis.

ARTIKEL SURAT KHABAR.

1.PROF MADYA DR AHMAD REDZUWAN MOHD YUNUS(2010 OGOS 03).Keluaraga ejen dakwah paling berkesan.Berita Harian.Muka surat 10.


 


 


 


 

Monday, July 26, 2010

dugaan..


hati resah dan gelisah,fikiran melayang entah ke mana,jiwa tidak tenteram.dugaan melanda harus ku tempuhi juga,walaupun sebenarnya aku takut menghadapi kebenaran kenyataan.ada hikmah di setiap kejadian yang berlaku,semoga saja aku kuat untuk menghadapi ini semua.ya allah,kuatkanla aku,tabahkan hatiku,bimbingla aku ya allah.semoga saja dengan pengorbanan ini akan terbalas dengan kejayaan.amin..

Thursday, July 8, 2010

merenung sejenak..


kehidupan,jodoh,dan ajal adalah miliknya(tuhan)

Wednesday, July 7, 2010

i love islam...

kehidupan ini



Kadang-kadang kenyataan perlu dihadapi dengan tenang,kerana itula kenyataan kehidupan.kita perlu yakin diri,bahawa kita boleh hidup seperti biasa,dan menjalani kehidupan normal.kita tidak boleh bergantung dengan orang lain untuk membuatkan kita gembira,sebaliknya kita perlu menggembirakan diri kita sendiri,tanpa bergantung harap pada orang lain.hal ini demikian kerana,kita perlu bersedia menghadapi kenyataan bahawa orang yang kita sayangi akan meninggalkan kita satu masa nanti,mungkin tidak hari ini,tapi harinya pasti akan datang kerana,semalam adalah kenangan dan hari berikutnya pasti akan datang menjadi kenyataan.walaupun sukar untuk diterima namun,begitula kehidupan.langit tidak selalu cerah,dan mendung tidak bererti hujan.oleh itu,walau sesukar mana pun kehidupan,jalaninya dengan penuh tabah,sabar dan tawakal.ingatlah bersendirian tidak bermakna berseorangan,kerana allah sentiasa bersama mu.

subahanallah..

hari ini


kedengaran ayam berkokok mengejutkan aku dari lena yang panjang,menandakan matahari bakal terbit menerangi alam,cahaya yang memberi sinar kehidupan buat manusia.lantas diri ini bangkit dari pembaringan.menunaikan perintah yang maha esa.tanda syukur ku panjatkan kepadanya,kerana masih meminjamkan roh untuk aku terus bernyawa,menjalani kehidupan di muka bumi ini.seperti biasa aku menjalankan tugas harian.disamping sentiasa berdoa kepadanya supaya hidup ku diberikan ketenangan dan petujuk agar aku tidak tersasar dari matlamat hidupku,dan sentiasa berada di jalan yang diredai olehnya.hari ini adalah kenangan buat ku,pengajaran buat ku,dan kunci untuk hari esok,menjadikan aku insan yang lebih matang dalam menjalani hidup ini.aku redha atas semua takdir yang berlaku kepada ku.semoga saja hari esok dan seterusnya akan ada hari yang menggembirakan,dan ada sinar cahaya yang menungguku.insyiallah..pada mu aku berserah ya allah.

Monday, July 5, 2010

from tasbih cinta


sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,namun jika cinta kudatangi,aku jadi malu pada keteranganku sendiri,meskipun lidahku telah mampu menguraiakn,namun tanpa lidah,ternyata cinta lebih terang..sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskanya,kata-kata pecah berkeping-keping,begitu sampai kepada cinta..dalam menguraikan cinta,akal terbaring tak berdaya,bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..cinta sendirila yang menerangkan cinta dan percintaan..

cinta..


cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar,mengubah cuka jadi anggur,mengubah sedih jadi riang,mengubah amarah jadi ramah,mengubah musibah jadi muhibbah,itula cinta..............

Saturday, July 3, 2010

i like this song so much..........

Hero lyrics
Songwriters: Kroeger, Chad;
There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are

There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold

You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

Oh ho, Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea

Hold on
There will be tomorrow
In time, you find the way, hey

Then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

That a hero lies in you
Mmm, that a hero lies in you
Lirik Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow Feat Amee

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

ketika cinta bertasbih


KETIKA CINTA BERTASBIH

Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh bea siswa untuk belajar di Al Azhar Mesir selepas menamatkan Aliyah di desanya.

Baru setahun di Kairo dan menjadi mahasiswa berprestasi peraih predikat Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna), ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak tertua Azzam mau tidak mau harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya, dikarenakan adiknya masih kecil-kecil. Sementara itu, dia sendiri harus menyelesaikan studinya di Negara orang. Akhirnya dia mulai membagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Ia mulai membuat tempe dan bakso yang ia pasarkan di lingkungan KBRI dia Kairo. Berkat keahlian dan keuletannya dalam memasak, Azzam menjadi populer dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi hal itu berimbas pada kuliah Azzam, sudah 9 tahun berlalu, ia belum juga menyelesaikan kuliahnya.

Seringnya Azzam mendapatkan job di KBRI Cairo mempertemukan ia dengan Puteri Duta Besar, Eliana Pramesthi Alam. Eliana adalah lulusan EHESS Perancis yang melanjutkan S-2 nya di American University in Cairo. Selain cerdas, Eliana juga terkenal di kalangan mahasiswa karena kecantikannya. Ia bahkan pernah diminta main di salah satu film produksi Hollywood, juga untuk Film layar lebar dan Sinetron di Jakarta. Segudang prestasi dan juga kecantikan Eliana membuat Azzam menaruh hati pada Eliana. Tetapi Azzam urung menjalin hubungan lebih dekat dengan Eliana, karena selain sifat dan kehidupannya yang sedikit bertolak belakang dengan Azzam, juga karena nasihat dari Pak Ali, supir KBRI yang sangat dekat dengan keluarga Eliana.

Apa yang dikatakan Pak Ali cukup terngiang-ngiang di benaknya, bahwa ada seorang gadis yang lebih cocok untuk Azzam. Azzam disarankan untuk buru-buru mengkhitbah (melamar) seorang mahasiswa cantik yang tak kalah cerdasnya dengan Eliana. Dia bernama Anna Althafunnisa, S-1 dari Kuliyyatul Banaat di Alexandria dan sedang mengambil S-2 di Kuliyyatul Banaat Al Azhar – Cairo, yang juga menguasai bahasa Inggris, Arab dan Mandarin. menurut Pak Ali, kelebihan Anna dari Eliana adalah bahwa Anna memakai jilbab dan sholehah, bapaknya seorang Kiai Pesantren bernama Kiai Luthfi Hakim.

Ada keinginan Khaerul Azzam untuk menghkhitbah Anna walaupun ia belum pernah bertemu atau melihat Anna. Karena tidak punya biaya untuk pulang ke Indonesia, Pak Ali menyarankan supaya melamar lewat pamannya yang ada di Cairo, yaitu Ustadz Mujab, dimana Azzam sudah sangat mengenal ustadz itu. Dengan niat penuh dia pun datang ke ustadz Mujab untuk mengkhitbah Anna Althafunnisa. Tapi ternyata lamaran itu ditolak atas dasar status. Karena S-1 Azzam yang tidak juga selesai, dan lebih dikenal karena jualan tempe dan baso. Selain itu, Anna telah dikhitbah lebih dulu oleh seorang pria yang alih-alih adalah Furqon, sahabat Azzam yang juga mahasiswa dari keluarga kaya yang juga cerdas dimana dalam waktu dekat akan menyelesaikan S-2 nya. Azzam bisa menerima alasan itu, meskipun hatinya cukup perih.

Tetapi kemudian Furqon mendapat musibah yang sangat menghancurkan harapan-harapan hidupnya. Hal tersebut membuatnya menghadapi dilemma antara ia harus tetap menikahi Anna yang telah dikhitbahnya, tetapi itu juga sekaligus akan dapat menghancurkan hidup Anna.

Sementara itu Ayyatul Husna, adik Azzam yang sering mengirim berita dari kampung, membawa kabar yang cukup meringankan hati Azzam. Agar Azzam tidak perlu lagi mengirim uang ke kampung dan lebih berkonsentrasi menyelesaikan kuliahnya. Karena selain Husna telah lulus kuliah di UNS, ia juga sudah bekerja sebagai Psikolog. Keahlian Husna dalam menulis sudah membuahkan hasil. Penghasilan Husna cukup dapat membiayai kebutuhan adiknya yang mengambil program D-3, serta adik bontotnya yang bernama Sarah yang masih mondok di Pesantren.

Azzam yang sudah sangat rindu dengan keluarganya memutuskan untuk serius dalam belajar, hingga akhirnya berhasil lulus. Azzam pun menepati janjinya ke keluarganya untuk kembali ke kampong dan segera mencari jodoh di sana, memenuhi amanat ibunya. Walaupun sebenarnya masih terbersit sedikit harapan untuk tetap mendapatkan hati Anna.

Apakah mungkin Azzam akan berjodoh dengan Anna? Ataukah Eliana yang sebenarnya juga masih penasaran dengan Azzam? Ataukah Azzam berhasil menemukan tambatan hatinya di Indonesia?..

Sunday, June 20, 2010

buntuh...bingung.dan sebaginya..

ya allah..berikanla kekutan kepada hamba mu ni ,sesunggunya aku teramat lemah sekarang ini,hanya engkau yang dpt membantu..yakinkan diri ku ya allah...berikan aku petunjuk mencari jalan keredaan..

Monday, May 31, 2010

boring..


so boring today..x tau nak buat apa..there,s something in mind,make me not happy,like my mind bercelaru like mee goreng or nasi goreng haiyaaa..my mind is cracked..

Sunday, May 23, 2010

lalalalala..hari ni duduk rumah ja..mcm biasa jadi baby sitter la..nothing to do,nothing special juga..hopefully next day ada happy news la.;)

Vote for my Look on Couturious and help me win this week's style contest!

Vote for my Look on Couturious and help me win this week's style contest!