Tuesday, August 23, 2011

KISAH SEBUAH CORETAN

bila aku mula mencoret..
segala isi hati akan terlakar..
mencari kepastian untuk sebuah jawapan..
biar aku tidak tahu isi kandungan coretan ku..
tapi aku tahu ia amat bermakna..
kerana ia kepunyaan ku..
coretan..coretan..
aku bukan merapuh..
tapi sekadar bercerita tentang kecelaruan jiwa..
agar aku tidak mati akal dalam mencari kepastian..
kenapa mahu dipersoal bila aku mahu mencoret..
sedangkan banyak lagi persoalan yang perlu ditimbulkan..
aku tahu coretan ku,tidak secantik dan seindah bahasa mu..
tapi aku mahu mencoret..
kerana dengan mencoret lama-kelamaan terserlah bakat..
aku tidak berbohong..
sekadar berkata-kata untuk memberi keyakinan..
mencoret..dan terus coret apa sahaja yang kau mahu..
kerana itu hak kita,biar apa sahaja orang kata..
yang penting kita tahu apa yang kita lakukan..

No comments:

Post a Comment