Friday, August 19, 2011

Sejak akhir-akhir ini kes simbah asid semakin menjadi-jadi,manalah perginya perasaan belas kasihan orang-orang yang melakukan perbuatan ini.kasihan melihat mangsa yang menderita kesan simbahan asid di muka,ada yang sampai hilang pengelihatan,muka habis melecur.Bagaimana mereka hendak mencari pendapatan selepas ini,setelah terlatar lama di hospital.
Terbaharu ialah kes simbah asid Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27 sekarang beliau dirawat di unit rawatan rapi hospital kuala lumpur. Mohd Rafie yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada dalam keretanya di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.
Semasa insiden itu, dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.
“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.
“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.
Mohd Rafie berharap orang yang melakukan perbuatan tersebut dikenakan tindakan yang berat,kerana menurut beliau undang-undang yang sedia ada
Terlalu ringan.semoga mangsa tabah menghadapi ujian daripada allah swt.

No comments:

Post a Comment