Sunday, August 14, 2011
BUAT MEREKA YANG GAGAL.
ASSALAMUALAIKUM WBT.
Buat mereka yang gagal jangan cepat berputus asa kerana ada hikmah di setiap kejadian dan allah lebih mengetahui setiap ujian yang diturunkan kepada kita.sebagai manusia kita hanya mampu berusaha,berdoa dan akhir sekali bertawakal pada allah atau berserah diri kepadanya.
Dalam hidup kita,kita tidak dapat lari dari dua benda iaitu kesedihan dan kegembiraan.setiap manusia akan melalui dua benda ini,terpulang kepada diri kita sendiri untuk menghadapinya,bagi mereka yang kuat semangat dan ampuh,insyallah mereka pasti memandangnya secara positif.Tapi bagaimana pula dengan mereka yang lemah dan mudah berputus asa?sudah pastinya mereka memandang secara negatif,maka berlakulah kes-kes seperti bunuh diri,kemurungan,masalah sosial dan sebagainya.
Sebagai umat islam yang diturunkan kitab al quran dan sunnah nabi,kita harus percaya kepada qada dan qadar allah.adakah kita tidak pernah terfikir tentang nikmat-nikamt lain yang diberikan allah kepada kita,pancaindera(mata,hidung,mulut,telinga,lidah),anggota badan yang sempurna,keluarga yang lengkap,kita dapat menghirup udara nyaman,melihat ciptaan allah swt,makan dan minum,tempat tinggal yang selesa,Negara yang aman.hitunglah nikmat allah yang diberikan kepad kita,nescahaya kamu tidak terhitung nikamatnya.kenapa kita perlu menangisi setitik ujian kegagalan dari allah?tidak salah untuk menangis dan bersedih,tapi janganlah berlanjutan sehinggakan boleh menjejaskan diri sendiri dan masa hadapan,apa yang kita perolehi andai bersedih sepanjang masa?sedangkan masa terus berlalu meninggalakan kita.
Saya juga pernah merasai ujian kegagalan,pertama saya gagal mendapatkan keputusan yang baik dalam SPM(sijil pelajaran Malaysia),saya memang sedih ketika itu,namun alahamdulilah saya mendapat kekuatan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.kemudian,keputusan STPM(sijil tinggi pelajaran Malaysia) juga tidak begitu memberangsangkan.saya amat sedih ketika itu,kerana menghampakan harapan ibu ayah.Pada ketika itu saya hilang punca dan arah tentang apa yang harus saya lakukan.saya ambil sejadah saya solat sunat hajat,saya ambil al quran saya mengaji,saya tadah tangan mohon doa dan kekuatan dari allah.saya lakukan selama 3 bulan alhamdulilah,walaupun tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta seperti sahabat-sahabat yang lain,saya tetap bersyukur kerana allah masih membuka ruang buat saya untuk menuntut ilmu.saya redha dan pasrah,ini ketentuan allah kepada kehidupan saya,dan takdir yang telah tertulis di loh mahfuz.saya gembira menuntut di universiti ini,bersama rakan-rakan senasib dengan saya,dan alhamdulilah setiap semester kami mencatatkan pointer yang baik dalam peperiksaan.Dan insyallah,jika umur saya dipanjangkan saya akan berkhidmat sebagai pendidik di masa akan datang
Wahai sahabat sekalian,ingatlah ujian itu tarbiah dari allah,menguji sejauh mana kekuatan iman hambanya.Jangan pernah menyalahkan allah dan takdir,kerana inilah hakikat kehidupan.Bila allah uji kita ingatlah allah sayang kita,allah mahu kita kembali kepadanya dan memohon pertolongan darinya.Dan andai sudah Berjaya kelak jangan pula lupakan allah swt.sentiasa berpijak pada bumi yang nyata,kita ini hamba allah dan tugas kita adalah mengabdikan diri kepadanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment