Saturday, February 23, 2013

24 JAM BERSAMA DIA

Assalamualaikum w.b.t.cuba kita Inga-ingat balik,renung sejenak,kenapa 24 jam kita rasa macam tak cukup,sedangkan kita diberi jam yang sama untuk semua orang,tak pernah saya dengar orang yang dapat 25 jam 27 jam dan banyak - banyak jam lagi.Tapi kenapa masih ramai kata tak cukup? kenapa? kenapa? dan kenapa? sebab kita tak pandai bahagi masanya jawapanya,suka buat perkara sia-sia ,itu yang banyak masa yang terbuang.kadang-kadang ada orang yang sanggup tinggalkan ''SOLAT" sebab katanya masa tak cukup,macam mana boleh tak cukup,orang lain boleh je solat,cukup lagi 5 waktu,pelik-pelik bin ajaib.Bayangkan kita ada 24 jam kita solat dalam 5 minit hingga 10 minit,5 jam darablah dengan 5 minit katakan, baru 25 minit,tolak dengan 24 jam,kita ada 23 jam 35 minit lagi(maaflah kalau salah kira ye).Jumlah masa yang sangat banyak,kenapa tak mampu SOLAT,kita solat untuk tunaikan perintah ALLAH SWT yang telah memberi kita banyak nikmat,dan dan jika dihitung,jawapanya tak terkira wahai umat akhir zaman sekalian.Sejujurnya,anda dan saya tidak punya apa-apa di dunia ini,tiada satu pun yang kita punya,semuanya Allah yang punya.Jadi kenapa masih angkuh,sombong,ego untuk sujud kepada Allah yang satu,yang telah menciptakan kita sebagai sebaik-baik ciptaanya.Ayuhlah,kita bersama-sama mempergunakan setiap detik yang kita ada sebaik mungkin,kerana kita tidak tahu bila malaikat izrail datang menjemput kita.Manunia hanya menyesal bila berada di alam barzakh kelak,ketika itu barulah manusia memohon ampun kepada Allah dan minta supaya dihidupkan kembali,jika berlaku sedemikian kitalah umat akhir zaman yang paling rugi sekali.Sebaiknya pergunakanlah setiap detik dalam 24 jam untuk memperbaiki iman dan amal,berbakti kepada kedua orang tua,jadilah sahabat yang baik,jadilah manusia yang sering menyenangkan orang lain,muhasabah diri dan ingat mati selalu. ~ We extremely love you ALLAH SWT.

Sunday, February 17, 2013

BUKAN YANG DULU,TAPI YANG BARU

Assalamualaikum wbt. Kenapa bukan yang dulu ? sebab adanya perubahan , apa yang baru ? kita perlukan perubahan untuk Berjaya , bukan sahaja dunia tetapi juga akhirat , pendek kata nak dapat saham dunia dan akhirat.Tidak kira siapa kita , yang penting perubahan ke arah yang positif itu harus berlaku peringkat demi peringkat.Kita tidak mahu berada di tempat yang sama dari mula hingga ke akhir ,tentu bosan bukan ?asyik berada di tempat yang sama , sesekali berganjak dan melangkahlah untuk melihat dunia di depan sana yang lebih luas lagi.Namun begitu,bukan yang dulu tidak bererti kita melupakan perkara yang lepas , tapi kita menjadikan yang dulu itu sebagai pengalaman yang berguna sebagai panduan menghadapi hari mendatang.Pengalaman tidak boleh di beli dengan wang ringgit.Apa yang paling penting semua yang kita lakukan haruslah berbalik pada Allah SWT,niatkan semua kerana dia yang esa.InsyaAllah dunia diraih akhirat di gengaman. :: nak jadikan blog ni , blog berwaja baru menyampaikan dakwah untuk umat sejagat,selaras dengan perintah Allah , menjadikan kita kahlifah di muka buminya :: <strike>~ ingat Allah walau di mana sahaja berada.

Monday, September 26, 2011

SITU SANA DAN SINI

ASSALAMUALAIKUM.

hari,minggu,dan bulan yang sangat menyibukkan.pantas sahaja masa berlalu meninggalkan mereka yang lalai.
aku ke situ,sana dan sini..menyelesaikan tugasan dan perkara..
hari-hari dipenuhi dengan kelas,jadual sangatlah padat..
dengan tugasan dari "lecture"..
tugas-tugas harian rumah TANPA..keluarga di sisi MENEMANI..
hidup perlu diteruskan,kewajiban pada ilahi harus ditunaikan kerana destinasi kita akhirat sana.

DAN MASA TERUS BERLALU SITU,SANA DAN SINI...

11.00AM UNIVERSITY CAMPUS.









Thursday, September 22, 2011

HARI TERBUKA UNTUK KANAK-KANAK UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK.

ASSALAMUALAIKUM WBT...

ECE OPEN DAY,ATAU HARI TERBUKA KANAK-KANAK UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK,PADA 07 DAN 08 OKTOBER,BERTEMPAT DI CAPITAL SQUARE JALAN MUNSYI ABDULLAH KUALA LUMPUR.PELBAGAI AKTIVITI MENARIK AKAN DIADAKAN.KEPADA TUAN-PUAN YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK KECIL,MARI BERAMAI-RAMAI MERIAHKAN HARI TERBUKA KAMI INI.KEHADIRAN TUAN-PUAN AMAT KAMI HARAPKAN.JUMPA DI SANA!!!!!!!!

LET,S COME AND JOINT US!!!!!!



EMAIL TERUS KEPADA SAYA: hapizahjapidin@yahoo.com.my


KESIBUKAN YANG MELANDA

ASSALAMUALAIKUM WBT..

ALHAMDULILAH..

anak kepada encik japidin ini telah pun sampai dengan selamatnya ke destinasi yang dituju iaitu,tempat dia menimbah ilmu.terima kasih ya allah kerana melancarkan perjalananku,semoga keluarga yang aku tinggalkan kau pelihara mereka dengan kebaikan dan limpahkan kurnia buat mereka.
terima kasih kepada mereka-mereka(orang yang aku tak kenal),kerana membantu aku mengambil beg aku dari kabin kapal.terima kasih kerana suka berbual dengan aku..hehehe..mengisi masa terluang.=)
tapi aku terpaksa tunggu 3 "train"untuk sampai ke setia jaya,rasa nak nangis..huhuhu..tapi kesabaran adalah separuh dari iman..jadi aku terus bersabar.^_^
dan akhirnya sesi mengambil/membuang subjek telah berjaya dilakukan,terima ya alllah.dapat ambil 6 subjek,bersama sahabat-sahabat suka dan duka aku,terima untuk kamu semua.^_^
"ECE OPEN DAY UNIRAZAK" semakin hampir dan semua "comitee member"sedang sibuk menyiapkan senjata untuk pergi berjuang,maksud saya siap sedia untuk menjalankan semua tanggungjawab,semoga semua dipermudahkan,selamat berjaya kawan-kawan.


UNTUK PENGETAHUAN SEMUA FOLLOWER SAYA:

PERSATUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK AKAN MENGADAKAN HARI TERBUKA PADA 7 DAN 8 HARIBULAN OKTOBER 2011,BERSAMAAN JUMAAT DAN SABTU.DIJEMPUT PARA TUAN,PUAN YANG MEMPUNYAI ANAK KECIL UNTUK DATANG KE PROGRAM INI,UNTUK MEMERIAHKAN LAGI HARI TERBUKA INI.PELBAGAI AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN.PASTI SERONOK DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ANAK-ANAK KECIL.JADI,MARI BERSAMA-SAMA KAMI DI SANA.

SEBARANG KETERANGAN LANJUT BOLEHLAH E-MEL TERUS KEPADA SAYA: hapizahjapidin@yahoo.com.my


walaupun blogger saya sedikit,tapi tidak apa saya "update information untuk korang semua ya".^_^

Wednesday, September 14, 2011

BAGAIMANA NABI CINTAKAN UMATNYA?

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.

Pagi itu juga, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

” Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.”

Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasullullah akan meninggalkan kita semua.”

Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

.
Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.

Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut.

.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemua ndi dunia. Dialah malaikat maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibrail tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

.
“Jibrail, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? “Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.

.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibrail. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” tanya Jibril lagi.

.
“Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahaiRasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibrail.

.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

.
“Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibrail memalingkan muka.

.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibrail?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. ” Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii,ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”.

.


Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahummasholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin..

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkankepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasul-Nya mencintai kita. Kerana sesungguhnya, selain daripada itu hanya fana belaka..

sumber:BLOG PAKAR CINTA.

Tuesday, September 13, 2011

CERITA 2 HARI LEPAS

ASSALAMUALAIKUM.


cerita 2 hari lepas..

saya pergi pekan dengan ibu,naik bas je,kereta tinggal rumah,sebab kami tak pandai "drive" hehehe..ayah pun tak de..adik dekat kolej.jadi,kami pun berjalan berdua sajalah.niat nak pergi beli barang dapur.agak banyak jugalah kami beli(sekadar mengikut kemampuan)hehe..masa pulang tu adalah seorang pakcik "driver" bas tu tanya saya,cikgu nak balik ke?..saya pun teraga-agak nak jawab,saya nak bagitau tapi..takut pak cik tu malu pula,tak pe saya biarkan saja.hehe..

CIKGU..CIKGU..OH CIKGU..

perkataan ni dah berulang-kali saya dengar sejak saya tingkatan 4 lagi,biasanya kalau dekat pekan mesti ada pak cik,atau mak cik panggil cikgu..akhirnya sekarang ni saya ambil kos cikgu juga,masin juga mulut pak cik-pak cik,mak cik-mak cik yang saya jumpa kat pekan tu..hehehe..

terima kasih pak cik-pak cik,dan mak cik-mak cik..

keputusan peperiksaan dah keluar..alhamdulilah keputusan ok..
tapi semester depan nak usaha lagi..insyallah boleh..