ASSALAMUALAIKUM
lama saya tinggalkan blog ini,kira-kira dalam seminggu ya,maklum sajalah,jiran saya pulang internet saya pun turut bercuti juga.rasanya tak terlewat lagi saya ucapakan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA KAMI SEKELUARGA.
hari raya tahun ini ringkas sahaja buat kami sekeluarga,namun keceriaan ditambah dengan kehadiran rakan-taulan,yang sememangnya sukar untuk kami berkumpul di hari-hari dan musim-musim yang lain.
tahun ini kami sekeluarga berhari raya dirumah sahaja,pagi hari raya dan keluarga menuju ke masjid,selepas itu bermaaf-maafan,sebelah petang keluarga nenek datang berhari raya,kemudian hari raya ke-4 saya keluar berhari raya bersama rakan-rakan,baru terasa suasana raya,banyak juga rumah yang dapat kami serbuh hehe.tapi ada juga yang tak sempat serbu sebab masa yang tidak mengizinkan.
SAYA DAN SAHABAT-SAHABAT,DARI KIRI FAEIZAH,SAYA,IZWAH DAN NURUL.Monday, September 5, 2011
SELAMAT KEMBALI(entry terpanjang saya)
KAMI MENJAMUH SELERA DI RUMAH LUQMAN..HEHEHE
hari raya ke-6 agak sibuk sedikit kerana saya menghadiri majlis akad nikah pak cik di keningau.kami bertolak dari rumah pada hari raya ke-5,singgah berziarah di rumah mak cik,kemudian meneruskan perjalanan ke destinansi yang dituju.tiba agak kelewatan sedikit,namun kegembiraan masih terasa melihatkan sanak-saudara menyiapkan juadah di dapur,riuh-rendah suasana,sepupu-sepupu saya sudah meningkat dewasa rupanya.terkenang saya zaman kanak-kanak kami.hehehe.selepas selesai semua,mak cik saya,adik kepada ayah membawa pergi berhari raya di rumah jiran-jiran,sempat lagi.walaupun keesokkan harinya pak cik saya,juga adik kepada ayah akan bernikah.tidak apa sekadar berziarah untuk merapatkan silaturrahim.
keesokan harinya,semua bangun awal nak menyediakan apa yang patut,pak cik akan nikah pada jam 10am,mesti dia berdebar.hehe.kelam-kabut juga,tapi alhamdulilah semua berjaya dibereskan,kehadiran saudara-mara semakin bertambah.terharu pun ada juga sebab lama tak berjumpa mereka.
kami bertolak diiringi dengan doa pak cik saya,juga adik ayah,banyakkan adik ayah saya?,ayah saya ada 14 adik beradik..sekali lagi saya terharu mendengar bunyi kompang sebab akan menandakan berakhirnya pencarian pak cik saya,pencarian seorang yang bernama isteri,bukan isteri biasa,tapi isteri yang solehah.=).dan..alhamudlilah pak cik saya selamat diijabkabulakn dengan sekali sahaja lafaz.syukur alhamdulilah.
SAAT PAK CIK DIIJABKABULKAN.
SEPUPU-SEPUPU SAYA YANG BAIK HATI..HEHEHE
dan kami pun berangkat pulang ke kemabong,tenom sabah.begitulah sepanjang 1 minggu saya berhari raya.semoga bertemu di harai raya akan datang,insyallah semoga allah pertemukan kita dengan ramadan dan hari raya pada tahun hadapan..amin.=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat hari raya adik ku <3 maaf zahir dan batin
ReplyDeleteselamat hari raya aidil fitri untuk kak neem juga,ampun maaf dipinta atas segala salah dan silap.^_^
ReplyDelete