nama aku hapizah elmy bt laudi
dilahirkan 18hb mac 1990
di hospital tenom,sabah.
anak pertama daripada 2 orang adik-berdadik.
aku bukan lahir dari keluarga yang dikelilingi kemewahan.
bukan juga dari keluarga yang dihimpit kesusahan.
aku lahir dalam sebuah keluarga yang cukup sederhana.
namun,aku bersyukur kerana kesederhanaan ini yang mengajar aku erti kehidupan.apatah lagi,dikurniakan dengan ke 2 orang tua yang terbaik,yang bagi ku tidak ada tandingan dalam dunia ini.
dalam peljaran,aku tidaklah sehebat mana,aku tidak sehebat sahabat-sahabat ku,yang lain dapat menjejakkan kaki ke ipta,yang pernah menjadi impian ku suatu ketika dahulu.tidak juga seperti sahabat-sahabat ku yang mendapat tawaran dalam suruhanjaya perkhidmatan awam,yang tamat sahaja belajar peluang pekerjaan sudah pasti menanti mereka.tidak seperti ku ini yang hanya menuntut di sebuat ipt swasta,apa lah yang ada pada ku,melainkan semangat yang ada untuk terus berusaha memburuh kejayaan.terkadang cemburuh pula melihat sahabat-sahabat yang duduk satu universiti.mungkin ini semua akibat kelalaian ku pada masa lampau.sudahlah,yang berlalu biarkan terus berlalu,akan ku simpan sebagai kenangan yang pasti menjadi ingatan ku sepanjang perjalanan kehidupan ini.aku tetap bersyukur kerana masih dapat meneruskan pengajian ku ini,untuk memburuh cita-cita yang satu,walaupun perjalanan masih jauh.bagi ku ini semua adalah takdir allah swt.kita ada perancangan sendiri,allah swt juga punya perancangan untuk kita.jangan pernah berputus asa dengan rahmat daripada-NYA.
dan...
kini aku masih di sini meneruskan perjuangan hidup,yang entah kan bila akan berakhir,tapi bagi ku yang pasti itu yalah "mati".tapi itu semua adalah perancangan allah swt.aku masih di sini walaupun telah banyak yang aku lalui,sama ada yang pahit atau yang manis.yang pasti aku perlu menghargai kehidupan ini,kerana kehidupan di dunia hanyalah sementara dan sebagai persinggahan untuk umat yang bergelar manusia,yang pastinya ialah alam akhirat,dan itu yang menanti kita,yang pasti dan kekal selama-lamanya.
syukran ya allah,untuk sebuah perjalanan kehidupan yang sangat menarik untuk aku terokai dan untuk aku fahami isi kandunganya.sesunggunya,hidup hanya sekali hargailah ia.hargai orang-orang yang kita sayang.hargai setiap masa yang kita ada.jangan lupa,tugas kita kepadanya iaitu 4,4,4,3,2.
-WASSALAM-
No comments:
Post a Comment