Thursday, August 25, 2011

MENDONGAK KE LANGIT

ASSALAMUALAIKUM WBT.

I was found a lot of lesson from this drama,if you all ada masa can watched it at ASTRO RIA,sebab astrokan LIKE to “ulang-ulang”balik drama diorang,so you all bolehlah tengok,saya just CADANGKAN,bukan MEMAKSA.

First lesson is,kalau dah berjaya tu,janganlah nak lupa pula asal usul kita,bila kita dah mendongak ke langit jangan lupa pula nak tengok balik bumi yang kita dah pijak.misalnya,dah berjaya dapat kerja elok,lepas tu ada kemampuan sikit,JANGANLAH NAK BERLAGAK.baliklah kampung jenguklah mak,ayah..diorang yang telah banyak berkorban untuk kita.ok,so JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT.

Second,sejahat mana pun mak,ayah kita,kita kene doakan yang terbaik untuk mereka,sebab tanpa mereka,kita tak ada kat dunia ini.JANGAN JADI ANAK DURHAKA,SYURGA ITU BAWAH TAPAK KAKI IBU.

Third,kita adik-beradik kena hormat-menghormati,sebab walauapapun terjadi ikatan kita tak kan pernah putus.BAK KATA PEPATAH”AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS”.saling tolong-menolong,dan melindungi antara satu samal lain.

Fourth,carilah rezeki yang halal walau dalam apa hal sekalipun,janganlah sampai menjual maruah diri.tak ada jualnya maruah kita ini kat kedai mamak ke,gerai buah ke..so once dah kena bagi tu,jagalah elok-elok.bumi allah ini luas,berjalanlah dan musafirlah,insyallah bertemu nikmatnya yang besar.biar rezeki sedikit janji berkat dan allah redha,pasti cukup untuk keperluan seharian.NIAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA.

Last but not least..jangan dendam tak elok,nanti jadi padah kita sendiri yang susah.DENDAM umpama PISANG BURUK dalam hati kita,kalau dah buruk tu of course jadi BUSUK.tak tau nak kata kalau da h jadi busuk,so MAAFKAN KESALAHAN INSAN,USAH DENDAM BERPANJANGAN.

Itu sahaja untuk kali ini,jaga diri semua.sekian..


TANAH SUBUR

titis-titis hujan..
jatuh ke tanah..
membasahi bumi..
jadilah tanah lembab dan subur..
sesuai untuk menanam tumbuh-tumbuhan..
tanamlah apa sahaja pasti tumbuh..
jangan lupa menabur baja..
agar tanaman tersebut dapat tumbuh dengan suburnya..
berbaktilah pada tanah,insyallah pasti menuai hasil..
p/S SEKADAR MENGISI MASA LAPANG.


Wednesday, August 24, 2011

THE SWEET OF SUGAR

if you want sweet life you must eat the sugar first,i mean we must find our own happiness,how?live happy,make people smile,respect other's,avoid from stress,and be grateful with what you have.










Tuesday, August 23, 2011

RAYA DAH DEKAT,RAMADAN KITA MACAM MANA?

ASSALAMUALAIKUM WBT.
raya dah nak dekat,bagaimana puasa kita,amalan kita di bulan yang mulia ini,saya turut menyoal diri sendiri,adakah saya benar-benar menghayati ramadan kali ini,cukupkah amalan saya?allah terima kah amalan saya?saya mula rasa sedih untuk meninggalkan ramadan kali ini,ya allah adakah ini ramadan terakhir buat ku?jika benar temukan aku dengan satu malam,yang sangat diidamkan oleh semua umat muslimin dan muslimat,malam "lailatul qadar "..saya teringin sangat bertemu dengan malam itu.semoga dizinkan oleh mu ya allah selagi saya masih bernyawa.terasa pantas masa berlalu meninggalkan ramadan kali ini,bila ramadan beransur pergi..pasti kita akan merindui suasananya,heningnya,redupnya..kita pasti sibuk dalam meraih ganjaran pahala di bulan yang mulia yang akan kita tinggalkan ini..di bulan yang satu ini,allah beri ganjaran pahala yang merimpah-ruah,dan tidak ada pada bulan yang lain.itulah keistimewaan bulan ramadan,tidak terucap oleh kata-kata,tak tergambar dek akal fikiran.sungguh menakjubkan.semoga kami dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia di tahun akan datang ya allah.amin.

KISAH SEBUAH CORETAN

bila aku mula mencoret..
segala isi hati akan terlakar..
mencari kepastian untuk sebuah jawapan..
biar aku tidak tahu isi kandungan coretan ku..
tapi aku tahu ia amat bermakna..
kerana ia kepunyaan ku..
coretan..coretan..
aku bukan merapuh..
tapi sekadar bercerita tentang kecelaruan jiwa..
agar aku tidak mati akal dalam mencari kepastian..
kenapa mahu dipersoal bila aku mahu mencoret..
sedangkan banyak lagi persoalan yang perlu ditimbulkan..
aku tahu coretan ku,tidak secantik dan seindah bahasa mu..
tapi aku mahu mencoret..
kerana dengan mencoret lama-kelamaan terserlah bakat..
aku tidak berbohong..
sekadar berkata-kata untuk memberi keyakinan..
mencoret..dan terus coret apa sahaja yang kau mahu..
kerana itu hak kita,biar apa sahaja orang kata..
yang penting kita tahu apa yang kita lakukan..

Monday, August 22, 2011

SYUKURI NIKMAT KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM WBT..

syukuri nikmat kehidupan yang kita perolehi kerana itu adalah anugerah dari allah swt,yang telah berlalu biarkn berlalu,teruskan melakukan yang terbaik untuk kehidupan yang seterusnya,begitulah butir-butir kandungan lagu yang telah saya ubah sedikit,tapi tidak langsung terus mengubah maknanya.kita manusia cepat mengeluh,sama juga seperti saya,sedikit ujian yang diberi sudah pasti akan melatah,padahal nikamt yang allah beri itu ternyata lebih luas,kesempurnaan anggota badan kita,keluarga kita,kesenangan hidup yang kita miliki.walaupun tidak semewah mana,ya tapi kita masih boleh makan dan minum,tidur dengan nyenyak,tidak bergelandangan seperti pengemis yang tidak mempunyai tempat tinggal.maka syukurilah nikmat allah swt,insyallah pasti akan ditambah lagi nikmatnya.kalau kita sedih,ada lagi sedih dari kita,kalau kita sakit ada lagi yang lebih sakit dari kita,kalau kita kecewa ada lagi yang lebih kecewa,maka tidak ada yang perlu disesali dalam hidup ini.walaipun,ya kadangkala kita ini manusia dikurnia perasaan sebegitu,dan kita tidak boleh lari,tapi ya harus dikawal,jangan terlalu ikutkan perasaan.sekian sahaja buat kali ini.

Friday, August 19, 2011

SINGKAPLAH RAHSIA DI-10 MALAM TERAKHIR,

1) Mencari malam al-Qadar (kemuliaan)
Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)
Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)
Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim)
Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadhan” (HR Bukhari)
Aisyah bertanya Nabi SAW : “Wahai Rasulullah, jika aku mengetahui tibanya malam al-Qadar, apakah yang kubaca ketika itu?” Nabi menjawab : Berdoalah :أللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dll)
2) I’tikaf
I’tikaf ertinya mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan i’tikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan sehingga wafat.
Berdasarkan praktik Rasulullah SAW itu, menunjukkan kelebihan dan keutamaannya mengatasi malam-malam yang lain.
Bahkan baginda turut membangunkan ahli keluarganya agar turut beri’tikaf bersama-sama.
Syarat sah i’tikaf :
- Islam, berakal, tidak junub, bersih daripada haid dan nifas;
- Niat – i’tikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat;
- Dilakukan di dalam masjid.
Perkara yang membatalkan iktikaf
- Keluar masjid tanpa hajat dengan sengaja;
- Murtad;
- Hilang akal kerana gila atau mabuk;
- Datang haid atau nifas;
- Jimak;
Perkara yang sunnat dilakukan ketika i’tikaf
- Memperbanyakkan ibadah sunnat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, solawat dan doa.
- Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah Nabi dan sebagainya.
3) Solat-Solat Sunnat
a) Solat Tahajjud
Maksud Firman Allah : “Dan pada sebahagian malam, bersolat tahajjudlah kamu, sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”. (al-Isra : 79)
Solat tahajjud ialah solat malam sekurang-kurang 2 rakaat yang didirikan selepas bangun tidur, walaupun tidurnya sebentar.
Masanya selepas solat Isyak sehinggalah masuk waktu subuh. Tetapi waktu paling utama ialah pada akhir malam atau waktu sahur.
b) Solat Tasbih
Ia berdasarkan hadith panjang yang diriwayatkan Ibnu Abbas, berkenaan tawaran Nabi kepada pakciknya Abbas bin Abdul Muttalib, iaitu solat yang memberi keampunan 10 jenis dosa :
- Dosa terdahulu dan terkemudian;
- Dosa lama dan baru;
- Dosa sengaja atau tidak;
- Dosa besar atau kecil;
- Dosa tersembunyi atau kelihatan.
Caranya sama seperti solat biasa. Solat tasbih didirikan pada waktu siang dengan 4 rakaat 1 salam, manakala waktu malam didirikan dengan 4 rakaat 2 salam.
Hanya diselangi dengan tasbih seperti pembahagian berikut :
- Selepas Fatihah dan surah – 15 kali tasbih;
- Ketika rukuk – 10 kali tasbih;
- Setelah bangkit dari rukuk – 10 kali tasbih;
- Dalam sujud pertama – 10 kali tasbih;
- Semasa duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih;
- Dalam sujud kedua – 10 kali tasbih;
- Dalam duduk rehat bangun sujud sebelum berdiri rakaat kedua – 10 kali tasbih
Jumlahnya 75 kali tasbih satu rakaat bersamaan 300 tasbih dalam 4 rakaat. Bacaan tasbihnya ialah :
سبحان الله والحمد لله ولآإله إلا الله والله أكبر
c) Solat Taubat
Apabila seseorang hendak bertaubat, disunnatkan supaya mendirikan solat 2 rakaat ini.
Sabda Nabi SAW : “Seorang lelaki yang melakukan satu dosa kemudian ia bangun berwudhu, bersolat 2 rakaat, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, maka Allah akan mengampunkan dosanya”. Lalu baginda membaca ayat dari Surah Ali Imran ayat 135-136.
Kaifiatnya sama seperti solat biasa.
f) Solat Hajat
Solat hajat boleh didirikan pada waktu siang atau malam.
Apabila kita berhajat terhadap sesuatu urusan, bermohonlah kepada Allah SWT, dan yang paling baik melalui solat hajat sekurang-kurangnya dua rakaat.
Tiada had jumlah rakaat untuk melakukannya. Begitu juga tiada kaifiat khusus ditetapkan.
g) Solat Witir
Witir ertinya ganjil. Ia dilakukan sebagai penutup bagi solat malam. Boleh dikerjakan 1, 3, 5, 7, 9, atau 11 rakaat.
Waktunya selepas solat isyak dan berakhir dengan waktu subuh. Witir dalam bulan Ramadhan disunnatkan dengan berjamaah.
Sekiranya solat witir sudah dilakukan pada awal malam, dan kemudian bangun lagi pada akhir malam untuk mendirikan solat sunnat lain, maka tidak perlu lagi mendirikan witir dihujungnya kerana Nabi memerintahkan witir hanya dilakukan sekali sahaja pada setiap malam.
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dengan satu solat yang lebih baik bagi kamu berbanding harta yang banyak, iaitu solat witir. Dirikanla di antara solat isyak sehingga terbit fajar” (HR Abu Daud, Ibnu Majah & at-Tirmizi)
4) Membaca al-Quran
- Membaca al-Quran di dalam solat adalah waktu yang utama;
- Jika membaca di luar solat, waktu paling utama ialah pada waktu malam. Waktu selepas tengah malam menjadi lebih utama berbanding awal malam;
- Jika membaca pada waktu siang, waktu paling utama ialah selepas solat subuh;
- Hari-hari terbaik membaca al-Quran ialah pada hari Jumaat, Isnin dan Khamis, hari arafah, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari terakhir bulan Ramadhan;
- Bulan terbaik membacanya ialah bulan Ramadhan.
Adab Membaca al-Quran
- Ikhlas kerana Allah, bukan kerana yang lain;
- Membersihkan mulut sebelum membaca;
- Khusyuk, tadabbur, dan rendah diri;
- Sunnat pada ayat yang seharusnya menangis;
- Melihat mashaf lebih utama daripada hafalan jika itu lebih mendatangkan khusyuk;
- Menyaringkan suara lebih utama jika tidak menimbulkan riak atau mengganggu orang;
- Memperindahkan suara bacaan;
- Membaca dengan menjaga hukum tajwid;
- Menjaga batas-batas waqaf dan ibtida’;
Kelebihan Membaca al-Quran
Hadith berkenaannya sangat banyak. Antaranya sabda Nabi SAW : “Sesiapa yang membaca al-Quran 50 ayat sehari semalam, ia tidak termasuk orang yang lalai. Sesiapa membaca 100 ayat, ia termasuk orang yang patuh kepada Allah. Sesiapa membaca 200 ayat, ia tidak diminta keterangan oleh al-Quran pada hari qiamat. Sesiapa membaca 500 ayat, dicatat baginya pahala yang banyak”. (HR Ibnu Sunni)
5) Solawat keatas Nabi SAW
Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersolawat untuk Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah solawat dan salam yang sempurna kepadanya.” (al-Ahzab : 56)
Sabda Nabi SAW : “Manusia paling utama bersamaku pada hari kamat ialah orang yang paling banyak bersolawat kepadaku”. (HR at-Tirmizi)
“Seseorang amat hina, jika namaku disebut di sisinya, ia tidak bersolawat kepadaku” (HR at-Tirmizi)
Sekurang-kurang solawat ialah :أللهم صل على محمد
6) Doa dan Zikir
Maksud sabda Nabi SAW : “Waktu paling hampir bagi Tuhan kepada seorang hamba ialah pada bahagian malam yang akhir. Jika kamu sanggup berada di antara orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu, maka buatlah”. (HR Abu Daud & at-Tirmizi)
“Sesungguhnya pada malam itu ada satu saat, tidaklah ditemui oleh seorang muslim yang berdoa kepada Allah memohon kebaikan dunia dan akhirat, melainkan permohonannya diterima. Hal ini berlaku setiap malam” (HR Muslim)
Nabi ditanya : Doa manakah yang paling diperhatikan Allah? Baginda menjawab : “Doa pada tengah malam dan selepas solat fardhu”.
“Dua kalimah, ringan di lidah, berat di timbangan dan disukai Tuhan iaitu : Subhanallah wabihamdihi, subhallahil ‘azim”
“…bacaan alhamdulillah memenuhi timbangan amal, subhanallah dan alhamdulilah kebaikannya sepenuh langit dan bumi..” (HR Muslim)
Sejak akhir-akhir ini kes simbah asid semakin menjadi-jadi,manalah perginya perasaan belas kasihan orang-orang yang melakukan perbuatan ini.kasihan melihat mangsa yang menderita kesan simbahan asid di muka,ada yang sampai hilang pengelihatan,muka habis melecur.Bagaimana mereka hendak mencari pendapatan selepas ini,setelah terlatar lama di hospital.
Terbaharu ialah kes simbah asid Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27 sekarang beliau dirawat di unit rawatan rapi hospital kuala lumpur. Mohd Rafie yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada dalam keretanya di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.
Semasa insiden itu, dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.
“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.
“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.
Mohd Rafie berharap orang yang melakukan perbuatan tersebut dikenakan tindakan yang berat,kerana menurut beliau undang-undang yang sedia ada
Terlalu ringan.semoga mangsa tabah menghadapi ujian daripada allah swt.

Thursday, August 18, 2011

KATA-KATA YANG BERMANFAAT.

daripada Hazrat Anas beliau meriwayatkan bahawa kami berkata "wahai Rasullulah,adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalam-amalan yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan dan kami tidak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi semuanya?maka baginda berkata"bukan begitu,serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal dengan kesemuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya".jadi,tidak perlu menunggu diri sampai jadi alim baru nak mencegah yang mungkar.sebab kalau nak tunggu kita jadi alim dan warak,mungkin akan mengambil masa yang lama,mana yang kita mampu kita buat dahulu ya.saudari dan saudara sekalian.

Sunday, August 14, 2011

RAMADAN KALI INI

ASSALAMULAIKUM WBT.
ramadan kali ini amat bermakna kepada ku kerana dapat menyambut bulan yang mulia ini bersama keluarga tercinta.jika pada tahun lalu aku menyambut ramadan di perantauan,tahun ini tidak lagi.terima kasih ya allah,atas peluang yang kau berikan ini.dapat juga merasa masakkan ibu yang sudah lama dirindui.
paling menggembirakan yalah dapat bertarawih di surau tempat aku mengaji,bermula dari iqra sampai al quran.sudah lama aku tidak ke surau ini,yalah menimbah ilmu di perantauanlah katakan,ada cuti semester pun,tidak berkesempatan menyingah ke surau itu.
bertamabah kegembiraan ku,berjumpa dengan sahabat dari kecil ku di surau tersebut,atiqah namanya,dialah teman sepermainan aku.dah jauh-jauh menimbah ilmu,jarang pula dapat berjumpa.bulan ramadan juga,bulan yang dapat mengeratkan silaturahim dengan sahabat-handai dan jiran tetangga,bertambah pahala..insyallah.apabila sudah lama tidak berjumpa kami pun mula lah menyembang perihal sewaktu kecil-kecil dahulu,tergelak juga dibuatnya.
namapaknya sampai di sini dahulu catitan hari ini.semoga kita beroleh ganjaran pahala di bulan yang mulia ini.insyallah.

BUAT MEREKA YANG GAGAL.



ASSALAMUALAIKUM WBT.
Buat mereka yang gagal jangan cepat berputus asa kerana ada hikmah di setiap kejadian dan allah lebih mengetahui setiap ujian yang diturunkan kepada kita.sebagai manusia kita hanya mampu berusaha,berdoa dan akhir sekali bertawakal pada allah atau berserah diri kepadanya.
Dalam hidup kita,kita tidak dapat lari dari dua benda iaitu kesedihan dan kegembiraan.setiap manusia akan melalui dua benda ini,terpulang kepada diri kita sendiri untuk menghadapinya,bagi mereka yang kuat semangat dan ampuh,insyallah mereka pasti memandangnya secara positif.Tapi bagaimana pula dengan mereka yang lemah dan mudah berputus asa?sudah pastinya mereka memandang secara negatif,maka berlakulah kes-kes seperti bunuh diri,kemurungan,masalah sosial dan sebagainya.
Sebagai umat islam yang diturunkan kitab al quran dan sunnah nabi,kita harus percaya kepada qada dan qadar allah.adakah kita tidak pernah terfikir tentang nikmat-nikamt lain yang diberikan allah kepada kita,pancaindera(mata,hidung,mulut,telinga,lidah),anggota badan yang sempurna,keluarga yang lengkap,kita dapat menghirup udara nyaman,melihat ciptaan allah swt,makan dan minum,tempat tinggal yang selesa,Negara yang aman.hitunglah nikmat allah yang diberikan kepad kita,nescahaya kamu tidak terhitung nikamatnya.kenapa kita perlu menangisi setitik ujian kegagalan dari allah?tidak salah untuk menangis dan bersedih,tapi janganlah berlanjutan sehinggakan boleh menjejaskan diri sendiri dan masa hadapan,apa yang kita perolehi andai bersedih sepanjang masa?sedangkan masa terus berlalu meninggalakan kita.
Saya juga pernah merasai ujian kegagalan,pertama saya gagal mendapatkan keputusan yang baik dalam SPM(sijil pelajaran Malaysia),saya memang sedih ketika itu,namun alahamdulilah saya mendapat kekuatan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.kemudian,keputusan STPM(sijil tinggi pelajaran Malaysia) juga tidak begitu memberangsangkan.saya amat sedih ketika itu,kerana menghampakan harapan ibu ayah.Pada ketika itu saya hilang punca dan arah tentang apa yang harus saya lakukan.saya ambil sejadah saya solat sunat hajat,saya ambil al quran saya mengaji,saya tadah tangan mohon doa dan kekuatan dari allah.saya lakukan selama 3 bulan alhamdulilah,walaupun tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta seperti sahabat-sahabat yang lain,saya tetap bersyukur kerana allah masih membuka ruang buat saya untuk menuntut ilmu.saya redha dan pasrah,ini ketentuan allah kepada kehidupan saya,dan takdir yang telah tertulis di loh mahfuz.saya gembira menuntut di universiti ini,bersama rakan-rakan senasib dengan saya,dan alhamdulilah setiap semester kami mencatatkan pointer yang baik dalam peperiksaan.Dan insyallah,jika umur saya dipanjangkan saya akan berkhidmat sebagai pendidik di masa akan datang
Wahai sahabat sekalian,ingatlah ujian itu tarbiah dari allah,menguji sejauh mana kekuatan iman hambanya.Jangan pernah menyalahkan allah dan takdir,kerana inilah hakikat kehidupan.Bila allah uji kita ingatlah allah sayang kita,allah mahu kita kembali kepadanya dan memohon pertolongan darinya.Dan andai sudah Berjaya kelak jangan pula lupakan allah swt.sentiasa berpijak pada bumi yang nyata,kita ini hamba allah dan tugas kita adalah mengabdikan diri kepadanya.

Saturday, August 13, 2011

BERSABAR DALAM MENERIMA UJIAN ALLAH SWT

SALAM.
baru pagi tadi,ibu mengkhbarkan kepada saya,seorang saudara perempuan saya,terkena histeria disebabkan kemurungan yang berlaku pada dirinya,saya amat bersimpati dengan keadaanya.kemurungan yang dia alami disebabkan tidak dapat menerima keputusan stpm yang kurang baik,dan gagal menempatkan diri di ipta.
sememangnya apabila benteng kerohanian kita lemah,syaitan akan mudah menyerang.Sebab itu dalam apa sahaja masalah yang kita hadapi, kita kena dekatkan diri dengan allah swt,tapi janganlah hanya mengingati allah ketika susah,ingatlah allah ketika susah dan senang.Insyallah ketika akan sentiasa redha dengan setiap ketentuanya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
oleh itu,yakin dan percaya dengan ketentuan swt,kerana "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.kita kena buka minda kita seluas-luasnya,jangan sempitkan minda kita.Rezeki allah ada di mana-mana terpulang kepada kita untuk mencarinya,"kerana bola yang bulat itu tidak datang secara bergolek,melainkan ada orang yang menendangnya".
Disamping mencari peluang dan alternatif lain untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi.usaha,berdoa dan jangan pernah berputus asa.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
hayati sepotong lirik dari kumpulan hijjaz ini:
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
renung-renungka dan semoga ketika berada dalam keberkatanya di bulan ramadan yang mulia ini.

Wednesday, August 10, 2011

TOPIK BULAN RAMADAN 1: HEBATNYA KURMA


apa hebatnya kurma?kurma merupakan makanan ideal yang mengandungi zat dan diperlukan oleh tubuh badan manusia.bahkan dalam sepotong hadis yang lain,baginda bersabda yang bermaksud:''wahai aisyah,mana-mana rumah yang tidak ada rumah,maka penghuninya akan lapar".baginda mengulanginya sebanyak 2 atau 3 kali.(riwayat muslim no 3812).kurma juga mengandungi glukosa dan fruktosa,di samping protein,lemak,vitamin A,B2 dan C serta beberapa mineral penting yang lain iaitu kalsium,pottasium,fosforus,magnesium,sodium(natrium) dan florin.berbuka dengan buah kurma juga adalah satu sunnah daripada nabi muhammad saw..sabda baginda yang bermaksud."apabila sesorang daripada kamu berbuka puasa,berbukalah dengna buah kurma.sekiranya tiada kurma,maka minumlah air kerana ia adalah suci.(riwayat al-tirmizi no.594)ia bertepatan dengan bukti secara saintifik,bahawa kurma membekalkan tenaga secara semula jadi kepada manusia,bahkan mengawal permakanan agar tidak berlebihan kerana rasa letih dan kelaparan sudah berkurang dengan ketara.nampaknya samapai disini dahulu perkongsian ilmu yang dapat saya lakukan sekian terima kasih.

cuti semester datang lagi

salam,baru kelmarin sampai hometown setelah almost 6 hour perjalanan..alhamdulilah gembira sebab dapat jumpa ibu ayah.sudah lama nampaknya tidak mengedit blog ini,bukan apa kesibukkan yang melanda menyebabkan,terlupa seketika untuk menulis sesuatu dalam blog ini.cuti sem telah pun bermula,semoga masa lapang yang ada ini dapat diisi dengan perkara yang berfaedah,harapannya begitulah.di harap rakak-rakan universiti semua dapat pulang dengan selamat ke kampung halaman masing-masing.saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikkan buat mereka.=)