Sunday, September 11, 2011

NOTA COMEL

ASSALAMUALAIKUM..

saudara-saudari pernah dapat nota yang comel dari siapa-siapa?

saya pernah dapat nota,nota yang saya dapat ni pendek je,tak lah panjang berjelah-jelah dan berekar-ekar(hehehe),memang comel sangat-sangat..dan saya tersangatlah suka..
jom kita tengok apa kandungan nota tu,sampai boleh buat saya senyum sampai telinga..=)


Sebagai seorang remaja carilah kebahagiaan di di sisi keluarga,yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan,agar kelak bila remaja-remaja sudah dewasa dapat mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai.jangan sekali-kali kita menyalahkan ke-2 ibu bapa kita atas apa yang telah terjadi,kaya kah mereka.,miskin kah mereka,itulah mereka..sebagai anak kita haruslah berusaha untuk mengubah nasib ibu bapa kita.

macam pernah dengar ayat ni,tapi kat mna erk??????

TEPUK DADA,TANYALAH HATI.

Wednesday, September 7, 2011

SAYA CINTA AWAK,TAPI.....

ASSALAMUALAIKUM.


Alhamdulilah dan terima kasih kerana awak telah melepaskan saya terlebih dahulu,sebelum kita tersesat lebih jauh..
syukur di atas kesempatan yang diberikan oleh allah swt..
untuk memperbetulkan semula keadaan,dan membentuk semula hati kita untuk mencintai yang empunya cinta sebenar..
kita sama-sama buat silap dan semoga allah mengampunkan dosa-dosa kita..

DAN jauh di sudut hati saya sebenarnya...

saya masih mencintai awak tapi,saya takut bila cinta saya ini,melebihi cinta kepada PEMILIK CINTA TERAGUNG,maka saya simpan persaan cinta ini jauh di sudut hati saya.
saya sayang awak tapi,saya takut bila kasih-sayang ini,akan membawa kepada kanca kemaksiatan,dan kita akan dimurkai ALLAH.
saya cinta dan sayang awak tapi saya tidak mahu kita masuk ke NERAKA JAHANAM.
saya cinta dan sayang awak tapi saya takut disebabkan dosa-dosa saya ini,ayah saya yang dipertanggungjawabkan di akhirat sana,saya sayang ayah saya,dan tidak mahu malaikat zabaniah menghantarnya ke NERAKA.


tertarik saya kata-kata seorang blogger..

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

DAN jika ternyata awak bukan milik saya..saya lepaskan perasaan ini dengan harapan awak bahagia disamping DIA.sesuatu perkara yang baik,harus kita gembira dengan perkara baik itu.

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...





" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah .” (QS. Adz Dzariyat:49)

“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)



Cukup cintai ia dalam diam…
bukan karena membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…

memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan
karena tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?

"…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26) "

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

karena tiada yang tahu rencana Tuhan… mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan… serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…



“ Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. ” (Umar bin Khattab ra.

sumber:sebutir kasih sejuta sayang.

*saya sekadar menulis,tidak ada kaitan dengan siapa-siapa pun,kalau ada mungkin hanya kebetulan sahaja.* ^_^


Tuesday, September 6, 2011

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR,BENARKAH?

ASSALAMUALAIKUM

masa yang banyak terluang mengizinkan saya untuk berkongsi sedikit tentang bicara kita pada hari ini.

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Bukhar
2. Zina bermaharajalela.
3. Bermaharajalela alat muzik
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
10. Bulan sabit kelihatan besar.
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
*ini sebahagian mungkin ada ada lagi yang saya tertinggal*

INI ADALAH BUKTI KIAMAT KECIL SEDANG BERLAKU DI MUKA BUMI ALLAH INI.SEDARKAH KITA?PERASANKAH KITA?

BANJIR YANG MELANDA JEPUN PADA TAHUN INI.INI ADALAH SUSULAN DARIPADA GEMPA BUMI YANG MELANDA JEPUN.

JALAN RAYA TERPUTUS AKIBAT TAUFAN IRIN.


KONSERT SANA,KONSERT SINI.BERAPA BANYAK KONSERT NAK BUAT.?

MAAF CAKAP.ARAK DAH MENJADI MINUMAN BIASA BUAT SESETENGAH UMAT ISLAM DI NEGARA KITA.

BERLUMBA-LUMBA MENDIRIKAN BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT.

ZINA DAN PEMBUANGAN BAYI SEMAKIN BERLELUASA,ADAKAH KITA KEMBALI KEPADA ZAMAN JAHILIYAH?

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI DAN MERENUNG SEJENAK,LAYAKKAH KITA UNTUK MENDAPAT SYURGA ALLAH DI AKHIRAT NANTI?



*MAAF JIKA SEPANJANG PENULISAN SAYA MEYINGGUNG MANA-MANA PIHAK,TAPI BEGINILAH HAKIKAT DAN REALITI NEGARA KITA PADA HARI INI.

SUMBER:

Monday, September 5, 2011

MERAWAT DAN MENGUBAT HATI

ASSALAMUALAIKUM.

saya ada cara untuk merawat dan mengubat hati yang telah luka,tercalar,tercedera ataupun hati yang telah bertukar menjadi warna hitam..hehe.maklum sahajalah hidup tidak selalu indah,kita harapkan cerah hingga ke petang,rupanya mendung ditengahari.semua itu lumrah kehidupan.

SEMUANYA ADA 5 PERKARA:

1)BACALAH QURAN DENGAN MAKNANYA,SAYA PERNAH CUBA,APA KATA ANDA CUBA SEKALI.^_^

2)RAJIN-RAJINLAH MENGERJAKKAN SOLAT MALAM(maksudnya,solat sunat tahhajud,solat sunat taubat dan sebagainya)^_^

3)BERKUMPUL DENGAN ORANG SOLEH.^_^

4)PERBANYAKKAN BERPUASA.^_^

5)ZIKIR MALAM BERPANJANGAN.^_^

insyallah hati akan tenang dan kita akan mendapat rahmat dari ALLAH SWT.selamat beramal.

SEMOGA HATI-HATI KITA BERADA DALAM KEADAAN TENANG KERANA MENGINGATI ALLAH.=)



SELAMAT KEMBALI(entry terpanjang saya)

ASSALAMUALAIKUM

lama saya tinggalkan blog ini,kira-kira dalam seminggu ya,maklum sajalah,jiran saya pulang internet saya pun turut bercuti juga.rasanya tak terlewat lagi saya ucapakan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA KAMI SEKELUARGA.

hari raya tahun ini ringkas sahaja buat kami sekeluarga,namun keceriaan ditambah dengan kehadiran rakan-taulan,yang sememangnya sukar untuk kami berkumpul di hari-hari dan musim-musim yang lain.
tahun ini kami sekeluarga berhari raya dirumah sahaja,pagi hari raya dan keluarga menuju ke masjid,selepas itu bermaaf-maafan,sebelah petang keluarga nenek datang berhari raya,kemudian hari raya ke-4 saya keluar berhari raya bersama rakan-rakan,baru terasa suasana raya,banyak juga rumah yang dapat kami serbuh hehe.tapi ada juga yang tak sempat serbu sebab masa yang tidak mengizinkan.

SAYA DAN SAHABAT-SAHABAT,DARI KIRI FAEIZAH,SAYA,IZWAH DAN NURUL.

KAMI MENJAMUH SELERA DI RUMAH LUQMAN..HEHEHE


hari raya ke-6 agak sibuk sedikit kerana saya menghadiri majlis akad nikah pak cik di keningau.kami bertolak dari rumah pada hari raya ke-5,singgah berziarah di rumah mak cik,kemudian meneruskan perjalanan ke destinansi yang dituju.tiba agak kelewatan sedikit,namun kegembiraan masih terasa melihatkan sanak-saudara menyiapkan juadah di dapur,riuh-rendah suasana,sepupu-sepupu saya sudah meningkat dewasa rupanya.terkenang saya zaman kanak-kanak kami.hehehe.selepas selesai semua,mak cik saya,adik kepada ayah membawa pergi berhari raya di rumah jiran-jiran,sempat lagi.walaupun keesokkan harinya pak cik saya,juga adik kepada ayah akan bernikah.tidak apa sekadar berziarah untuk merapatkan silaturrahim.

keesokan harinya,semua bangun awal nak menyediakan apa yang patut,pak cik akan nikah pada jam 10am,mesti dia berdebar.hehe.kelam-kabut juga,tapi alhamdulilah semua berjaya dibereskan,kehadiran saudara-mara semakin bertambah.terharu pun ada juga sebab lama tak berjumpa mereka.

kami bertolak diiringi dengan doa pak cik saya,juga adik ayah,banyakkan adik ayah saya?,ayah saya ada 14 adik beradik..sekali lagi saya terharu mendengar bunyi kompang sebab akan menandakan berakhirnya pencarian pak cik saya,pencarian seorang yang bernama isteri,bukan isteri biasa,tapi isteri yang solehah.=).dan..alhamudlilah pak cik saya selamat diijabkabulakn dengan sekali sahaja lafaz.syukur alhamdulilah.

SAAT PAK CIK DIIJABKABULKAN.

SEPUPU-SEPUPU SAYA YANG BAIK HATI..HEHEHE

dan kami pun berangkat pulang ke kemabong,tenom sabah.begitulah sepanjang 1 minggu saya berhari raya.semoga bertemu di harai raya akan datang,insyallah semoga allah pertemukan kita dengan ramadan dan hari raya pada tahun hadapan..amin.=)



Sunday, September 4, 2011

My Bigger Family Slideshow Slideshow

My Bigger Family Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ My Bigger Family Slideshow Slideshow ★ to Keningau (near Kota Klias). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Thursday, August 25, 2011

MENDONGAK KE LANGIT

ASSALAMUALAIKUM WBT.

I was found a lot of lesson from this drama,if you all ada masa can watched it at ASTRO RIA,sebab astrokan LIKE to “ulang-ulang”balik drama diorang,so you all bolehlah tengok,saya just CADANGKAN,bukan MEMAKSA.

First lesson is,kalau dah berjaya tu,janganlah nak lupa pula asal usul kita,bila kita dah mendongak ke langit jangan lupa pula nak tengok balik bumi yang kita dah pijak.misalnya,dah berjaya dapat kerja elok,lepas tu ada kemampuan sikit,JANGANLAH NAK BERLAGAK.baliklah kampung jenguklah mak,ayah..diorang yang telah banyak berkorban untuk kita.ok,so JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT.

Second,sejahat mana pun mak,ayah kita,kita kene doakan yang terbaik untuk mereka,sebab tanpa mereka,kita tak ada kat dunia ini.JANGAN JADI ANAK DURHAKA,SYURGA ITU BAWAH TAPAK KAKI IBU.

Third,kita adik-beradik kena hormat-menghormati,sebab walauapapun terjadi ikatan kita tak kan pernah putus.BAK KATA PEPATAH”AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS”.saling tolong-menolong,dan melindungi antara satu samal lain.

Fourth,carilah rezeki yang halal walau dalam apa hal sekalipun,janganlah sampai menjual maruah diri.tak ada jualnya maruah kita ini kat kedai mamak ke,gerai buah ke..so once dah kena bagi tu,jagalah elok-elok.bumi allah ini luas,berjalanlah dan musafirlah,insyallah bertemu nikmatnya yang besar.biar rezeki sedikit janji berkat dan allah redha,pasti cukup untuk keperluan seharian.NIAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA.

Last but not least..jangan dendam tak elok,nanti jadi padah kita sendiri yang susah.DENDAM umpama PISANG BURUK dalam hati kita,kalau dah buruk tu of course jadi BUSUK.tak tau nak kata kalau da h jadi busuk,so MAAFKAN KESALAHAN INSAN,USAH DENDAM BERPANJANGAN.

Itu sahaja untuk kali ini,jaga diri semua.sekian..