Sunday, February 17, 2013

BUKAN YANG DULU,TAPI YANG BARU

Assalamualaikum wbt. Kenapa bukan yang dulu ? sebab adanya perubahan , apa yang baru ? kita perlukan perubahan untuk Berjaya , bukan sahaja dunia tetapi juga akhirat , pendek kata nak dapat saham dunia dan akhirat.Tidak kira siapa kita , yang penting perubahan ke arah yang positif itu harus berlaku peringkat demi peringkat.Kita tidak mahu berada di tempat yang sama dari mula hingga ke akhir ,tentu bosan bukan ?asyik berada di tempat yang sama , sesekali berganjak dan melangkahlah untuk melihat dunia di depan sana yang lebih luas lagi.Namun begitu,bukan yang dulu tidak bererti kita melupakan perkara yang lepas , tapi kita menjadikan yang dulu itu sebagai pengalaman yang berguna sebagai panduan menghadapi hari mendatang.Pengalaman tidak boleh di beli dengan wang ringgit.Apa yang paling penting semua yang kita lakukan haruslah berbalik pada Allah SWT,niatkan semua kerana dia yang esa.InsyaAllah dunia diraih akhirat di gengaman. :: nak jadikan blog ni , blog berwaja baru menyampaikan dakwah untuk umat sejagat,selaras dengan perintah Allah , menjadikan kita kahlifah di muka buminya :: <strike>~ ingat Allah walau di mana sahaja berada.

No comments:

Post a Comment