Saturday, February 23, 2013
24 JAM BERSAMA DIA
Assalamualaikum w.b.t.cuba kita Inga-ingat balik,renung sejenak,kenapa 24 jam kita rasa macam tak cukup,sedangkan kita diberi jam yang sama untuk semua orang,tak pernah saya dengar orang yang dapat 25 jam 27 jam dan banyak - banyak jam lagi.Tapi kenapa masih ramai kata tak cukup? kenapa? kenapa? dan kenapa? sebab kita tak pandai bahagi masanya jawapanya,suka buat perkara sia-sia ,itu yang banyak masa yang terbuang.kadang-kadang ada orang yang sanggup tinggalkan ''SOLAT" sebab katanya masa tak cukup,macam mana boleh tak cukup,orang lain boleh je solat,cukup lagi 5 waktu,pelik-pelik bin ajaib.Bayangkan kita ada 24 jam kita solat dalam 5 minit hingga 10 minit,5 jam darablah dengan 5 minit katakan, baru 25 minit,tolak dengan 24 jam,kita ada 23 jam 35 minit lagi(maaflah kalau salah kira ye).Jumlah masa yang sangat banyak,kenapa tak mampu SOLAT,kita solat untuk tunaikan perintah ALLAH SWT yang telah memberi kita banyak nikmat,dan dan jika dihitung,jawapanya tak terkira wahai umat akhir zaman sekalian.Sejujurnya,anda dan saya tidak punya apa-apa di dunia ini,tiada satu pun yang kita punya,semuanya Allah yang punya.Jadi kenapa masih angkuh,sombong,ego untuk sujud kepada Allah yang satu,yang telah menciptakan kita sebagai sebaik-baik ciptaanya.Ayuhlah,kita bersama-sama mempergunakan setiap detik yang kita ada sebaik mungkin,kerana kita tidak tahu bila malaikat izrail datang menjemput kita.Manunia hanya menyesal bila berada di alam barzakh kelak,ketika itu barulah manusia memohon ampun kepada Allah dan minta supaya dihidupkan kembali,jika berlaku sedemikian kitalah umat akhir zaman yang paling rugi sekali.Sebaiknya pergunakanlah setiap detik dalam 24 jam untuk memperbaiki iman dan amal,berbakti kepada kedua orang tua,jadilah sahabat yang baik,jadilah manusia yang sering menyenangkan orang lain,muhasabah diri dan ingat mati selalu.
~ We extremely love you ALLAH SWT.
Sunday, February 17, 2013
BUKAN YANG DULU,TAPI YANG BARU
Assalamualaikum wbt.
Kenapa bukan yang dulu ? sebab adanya perubahan , apa yang baru ? kita perlukan perubahan untuk Berjaya , bukan sahaja dunia tetapi juga akhirat , pendek kata nak dapat saham dunia dan akhirat.Tidak kira siapa kita , yang penting perubahan ke arah yang positif itu harus berlaku peringkat demi peringkat.Kita tidak mahu berada di tempat yang sama dari mula hingga ke akhir ,tentu bosan bukan ?asyik berada di tempat yang sama , sesekali berganjak dan melangkahlah untuk melihat dunia di depan sana yang lebih luas lagi.Namun begitu,bukan yang dulu tidak bererti kita melupakan perkara yang lepas , tapi kita menjadikan yang dulu itu sebagai pengalaman yang berguna sebagai panduan menghadapi hari mendatang.Pengalaman tidak boleh di beli dengan wang ringgit.Apa yang paling penting semua yang kita lakukan haruslah berbalik pada Allah SWT,niatkan semua kerana dia yang esa.InsyaAllah dunia diraih akhirat di gengaman.
:: nak jadikan blog ni , blog berwaja baru menyampaikan dakwah untuk umat sejagat,selaras dengan perintah Allah , menjadikan kita kahlifah di muka buminya ::
<strike>~ ingat Allah walau di mana sahaja berada.
Subscribe to:
Posts (Atom)