Sunday, October 31, 2010
selamat datang bulan november..
CERITERA HARI INI.......
Hari ini pergi Bukit Jalil temankan kawan pergi beli tiket,pertama kali menjejakkan kaki..hmm agak besar juga stadium tu.tapi agak menyakitkan mata kerana sampah-sarap di sana,sini..sangat menyakitkan mata,seperti pusat pembuangan sampah sahaja kesian orang yang membersihkan kawasan tu,mesti dia penatkan.Bagaimana kita mahu mencapai minda kelas pertama sekiranya rakyat Malaysia masih seperti ini,masih tidak tahu menjaga kebersihan,masih tidak ada kesedaran tentang kebersihan,kerana kebersihan itu sebenarnya melambangkan identiti rakyat Negara itu sendiri.Bertanya saya dalam hati,apa pula pandangan orang asing yang datang ke Negara kita ini,apabila melihat sampah-sarap yang begitu banyak sekali,aduhaii rakyat Malaysia..marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan Negara kita yang tercinta ini..terkenang pula kampung halaman kat sabah,walaupun daerah pedalaman tapi keadaanya masih terkawal,rindunya kehijauan Tenom daerah kesayanganku.
Pertama kali berjalan-jalan kat KL x la best sgt biasa saja,saya terpandang penjara pudu yang penuh bersejarah itu..x sangka boleh lihat depan mata,ialah selama ni tengok dalam tv saja,x rasa sangat,tapi bila berhadapan terasa bangunan bersejarah itu sungguh unik,walaupun sekarang dalam proses untuk diruntuhkan,tapi unik dan x silap saya dibina pada tahun 1896,kalau salah minta maaf hehe..saya terasa sangat keunikanya..sayang sekali ,kenapa bangunan bersejarah seperti itu dilenyapkan oleh pembangunan yang hanya mementingkan kemegahan tetapi tidak ada nilai dan sejarahnya tersendiri..semoga saja penjara pudu itu segar dalam ingatan setiap rakyat Malaysia,dan kekal dalam lipatan sejarah Negara Malaysia.
Berjaya Time Square mega mall..terpegun seketika melihatnya,cantik..memang cantik..seronok berjalan-jalan kat sana,namun jangan dillalaikan oleh keindahan dunia,walau di mana sahaja kita berada ingat perintah allah swt,bahawa solat itu wajib bagi setiap umat islam,dan solat adalah tiang agama.Oleh itu,saya pun bersolat dahulu sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.:)
Saya terkesima seketika ketika melihat iklan yang ditampal di dinding stesen monorel KL,hmm kes budak hilang..ya allah banyaknya berita tentang kehilangan anak-anak sekarang ini,kasihan mereka apalah yang terjadi kat buadak tu,x ingat sangat nama budak tu,dia hilang sekitar bulan jun mungkin saya tidka pasti.kemudian iklan yang sama kat KL senterl,tp ada seorang lagi ikalan budak hilang bulan 10 september rasanya dia hilang,ya allah ke mana anak2 itu pergi?kepada ibu bapa yang berada di luar sana saya bukan siapa-siapa untuk mengingatkan anda,tapi saya risau sekiranya benda yang sama berulang kembali dan kadang-kadang benda ini menakutkan kita semua,hati-hati dan sentiasa awasi anak-anak anda.semoga anak-anak anda sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Itu saja untuk hari ini sekian..........................asalammulaikum.
KEMAAFAN ITU SESUATU YANG INDAH..
kemaafan...
bukan mudah memberi kemaafan kepada mereka yang telah menyakitkan kita..
namun,kemaafan itu perlu..
kerana kemaafan itu sangat indah..
walau jauh di sudut hati ini,masih tersimpan luka yang masih dalam..
namun,aku yakin suatu masa nanti pasti akan terubat..
kerana masa yang berlalu pasti akan mengurangkan kesakitan itu..
duhai hati,belajarlah memaafkan orang lain..kerana akan kau temui ketenangan disebalik
kemaafan itu..
ya allah,berilah aku kekuatan untuk memaafkan orang itu..
ya allah,aku mohon kepadamu supaya hati ini dijauhkan daripada rasa dendam dan benci..
walaupun memerlukan masa,aku pasti akan maafkan dia..
ya,aku pasti dan aku pasti itu...:)
Monday, October 25, 2010
nafas cintamu
Hidup takkan bererti tanpa dinikmati..
Saudaraku,hidup hanya sekali !!
Bergembiralah engkau sepuas hati !!
Kerana bila esok hari tua menerpa,
Pasti tidak berdaya mengharungi usia.."
Suara itu seakan merasuk qalbi..
TETAPI. . .
Bagaimana mungkin aku mampu tertawa?
Tika teringat dosa yang menimbun,
Sedang pahala tiada terhimpun,
Bagaimana mungkin aku mampu terlupa?
Pada azab yang tersedia di neraka?
Pada hari pembalasan yang pasti tiba?
Sedang diri tiada sedia..
Bagaimana mungkin aku mampu terleka?
Bergelak tawa sedang kubur makin hampir..
Berbahagia sedang diri akan tersingkir ..
Tergelincir dari dunia..
Tersungkur meniti akhirat..
Tercicir mengejar redhaNya
Cukuplah gelak tawa semalam meninggalkan noda..
Noda yang menjadi nakhoda bahtera dunia..
Tatkala dipukul ombak,nyaris maut ditelan ombak..
Mendambakan bahagia seluas langit angkasa..
Tapi kabur dibawa kabus sedang arah terpesong entah kemana..
Menguasai layar dunia tapi angin akhirat sentiasa memberi ingat.
Lemahnya diri menggadaikan iman demi dunia fana..
Jahilnya diri mempertaruhkan iman pada harta,
Lalu,
Berikan aku jawapan..
Bagaimana mungkin aku tertawa kerna dunia?
Dunia yang menjual leka dan kepuraan,
Dibeli dengan dosa yang berkuponkan neraka.
Walhal,
Tangisan jua yang menyedarkan..
Tangisan jua yang membangunkan...
Munajat hamba ke jalan yang Hasanah..
Lantas aku berterusan menangis,
Gelisah iman yang nipis ini terhakis..
Takut akan RedhaNya menghiris..
Risau syahadah yang tak tersebut
di hujung nafas maut..
"Ah,usiamu terlalu muda untuk bertaqwa!
Langkahmu masih jauh wahai anak muda,
Ayuh sementara masih ada masa,
Masih bertenaga dan berupaya..
Kita langgar saja batasan dan syariah yang ada..
Esok bila jasad dimamah usia..
Duduklah menghabiskan masa di tikar sejadah,
Allah kan Maha pengampun Maha Pemurah,
Pasti dia menerima amal dan ibadah.
Barulah hidup namanya!"
Suara ketiga terus memujuk rayu..
Tahukah kau apa sebenarnya CINTA?
Tahukah kau apa sebenarnya RINDU?
Andai kau tahu,
Pasti bibirmu tak henti bertasbih,
Mensyukuri setiap detik nadi yang diberi..
Andai kau tahu,
Pasti jasadmu teguh pada sujud
dan bangun pada tahajud,
Andai kau tahu,
Pasti kering airmatamu menangisi
Limpahan kasih melalui kurniaan rezeki..
Di setiap penghujung s0lat dhuha..
Andai saja kau mengerti..
Pasti musibah menjadi bahagia..
Pasti sakit itu yang kau damba..
Pasti dahimu tak terangkat dari sejadah..
Pasti tangan mu lama menadah..
Mem0h0n Allah terus memberi hidayah..
Cinta yang didamba itulah Pemandu..
Cinta itulah yang menguatkan jiwa khalifah agar setia pada pencipta,
Cinta itulah yang merelakan hati berkorban tanpa balasan..
Cinta itulah yang akur pada ketetapan dan jujur pada perbuatan,
Cinta itu tetap mempesonakan walau dirempuh berjuta dugaan..
Rindu yang menerpa itu Pengajar..
Rindu itulah yang membasahimu dengan tangisan syukur,
Rindu itulah yang meneguhkan janji yang bersimpul,
Rindu itulah yang sentiasa menguji cinta khalifah pada penciptaNya..
Rindu itu tetap menggetarkan hati yang menyintaiNya..
Rindu itulah yang akan terus memuji walau disakiti..
Pada,
Masa yang sentiasa meninggalkan kita jauh.
Umur yang semakin bertambah mendekati langkah..
D0sa yang sentiasa mahu mengekori..
Amal yang masih terumbang-ambing di jalanan..
Iman yang sentiasa diuji ke mana arahnya..
Apakah yang lebih manis melainkan syurga ciptaanNya?
Sedang dunia yang hina lagi dipuja..
Apakah yang lebih seksa dari Azab Neraka?
Sedang hati masih 'wahan' terleka..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu
kekasih-kekasih dambaanku
Aku ingin mencintai-Mu
Aku ingin menjadi kekasih-Mu
Aku rindu untuk bertemu dengan-Mu
Aku dambakan redha-Mu
Namun.. siapalah aku?
Apakah aku mampu?
Apakah aku layak?
Sesungguhnya aku malu
Aku malu kerana sering meminta
Aku malu kerana sering memohon
Aku malu kerana sering merayu
Sedangkan aku sering melupakan-Mu
Aku sering lalai dan leka melaksanakan perintah-Mu
Aku sering lupa dan alpa melakukan suruhan-Mu
Maka..layakkah aku mendapat cinta-Mu?
Wahai kekasih Allah
Aku rindu untuk berjumpa denganmu
Aku rindu untuk menatap wajahmu
Aku rindu untuk mendengar suaramu
Walaupun aku tidak pernah melihat wajahmu
Aku tahu..
Kami tahu..
Kau sangat mencintai kami.. umatmu
Kau menyayangi kami
Kau merindui kami
Tetapi..layakkah kami menerima cintamu?
Layakkah kami menerima kasih dan rindumu?
Sedangkan kami sering melupakanmu
Kami sering mengabaikan sunnahmu
Kami sering lupa untuk menyebut namamu
Dan kau pula tidak pernah melupakan kami
Sehinggalah ke saat-saat kewafatanmu
Maka..layakkah kami menerima cintamu?
Wahai bakal pendamping hidupku
Aku ingin mencintamu kerana Allah
Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Dan aku ingin merinduimu juga kerana Allah
Aku ingin kau seorang pemuda yang soleh
Kerana aku mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu
Aku ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya
Kerana aku ingin menjadi bidadarimu di syurga
Aku tidak memerlukan rupa dan hartamu
Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah
Dan aku ingin kau mencintaiku kerana kau mencintai-Nya
Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun..adakah aku layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan aku tidak punya apa-apa
Aku hanyalah gadis biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Mahukah kau mencintaiku?
Monday, October 18, 2010
lakaran kehidupan...
Hidup di bumi asing..
Perlukan kekuatan..
Walau sendirian,hati perlu dikuatkan..
Jiwa perlu dikentalkan..
Kesebaran perlu tinggi menggunung..
Ingat tujuan..
Fikir kejayaan..
Tanpa matlamat hilang tujuan dan kejayaan..
Singkirkan semua yang berlaku..
Jangan difikirkan yang telah berlaku..
Jangan dipedulikan masalah yang remeh..
Teruskan perjuangan jangan mengalah..
Dugaan itu sementara..
Selepas kesusahan menjelmalah kebahagiaan…
Monday, October 11, 2010
PENGAJIAN ISLAM(TAJUK 1)
NAMA: HAPIZAH ELMY BINTI LAUDI
NO.MATRIK:KJC1080120
TAJUK ARTIKEL:
MENYELESAIKAN MASALAH KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN
MASYARAKAT ISLAM MENGIKUT CARA ISLAM.
SEKSYEN: 2
URL BLOG:
http://piza18.blogspot.com/
NAMA PENSYARAH: EN.MUHD MUNIB BIN AHMAD.
TARIKH HANTAR:11/10/2010
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Islam adalah agama yang syumul dalam segala aspek .Al-Quran adalah sebuah mukjizat yang lengkap dengan pelbagai petunjuk ,ilmu,pedoman dan addin,tidak tertinggal walau satu pun bidang di dunia ini,semuanya ada di dalam kalam Allah tersebut.Begitu juga tentang rumah tangga .Al-Quran secara lengkap di samping hadis Rasulullah SAW telah mengajar umatnya bagaimana mahu membentuk sebuah rumah tangga yang bahagia dan penyayang .Membina keluarga yang bahagia dan penyayang mestilah mengikut ajaran dan panduan yang digariskan oleh agama.
Pembentukan keluarga dalam islam bermula dengan ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan secara sah mengikut hukum islam itu sendiri .Apabila rumah tangga itu di bina dengan sempurna dan sah ,maka ia mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah SWT.Untuk memupuk keharmonian hidup berumah tangga ,setiap suami isteri hendaklah mematuhi dasar-dasar hukum yang digariskan oleh islam agar terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini.Hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa juga akan membawa ke arah keluarga yang bahagia.Agama mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya.Sabda Rasullulah yang bermaksud:"syurga di bawa tapak kaki ibu".
Anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa sekalipun ibu bapa kafir dan ingkar terhadap Allah,namun mereka berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka .Ini kerana daripada mereka berdualah lahirnya anak-anak ke dunia ini.Islam melarang keras kita mencela atau memarahi mereka dengan bahasa yang kasar .Kita haruslah menasihati mereka dengan bahasa yang sopan.
Larangan derhaka kepada ibu bapa,islam melarang umatnya derhaka terhadap ibu bapa.Kerana pengorbanan mereka sangat besar dalam menjaga dan mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang soleh dan solehah,yang berjaya di dunia dan akirat.Jangan guna kata-kata "ugh" apabila disuruh oleh ibu bapa kerana itu bermakna kita telah derhaka kepada ibu bapa.Kita wajib mentaati kedua orang tua kita selagi tidak bercanggah dengan suruhan Allah dan Rasulnya.
Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa.Perkara ini meliputi keupayaan mendidik ,menjaga keselamatan,member kasih-sayang ,menyara perbelanjaan dan mempertahankan maruah.Oleh itu,bapa perlu banyak berkorban demi melaksanakanya.sesunggunya dalam hal ini bapa memainkan peranan yang penting dan memegang tanggunjawab yang besar.Maka dalam pelaksaan tersebut memerlukan keikhlasan,kesediaan,kesungguhan,pengetahuan tentang tugas kebapaan,kemampuan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Dalam hal ini,Rasullulah s.a.w adalah contoh ikutan terbaik.Rasullulah menjelaskan aspek pergaulan dan kasih-sayang adalah intipati kebahagiaan sesebuah keluarga.Oleh itu,Rasulullah menganjurkan agar setiap bapa melakukan yang terbaik untuk keluarga.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah orang yang paling baik dalam (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku''(Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Amat penting bagi bapa agar sentiasa berpegang bahawa konsep mendidik anak hendaklah berterusan .Bapa adalah contoh ikutan untuk membentuk peribadi anak.Oleh itu anak memerlukan masa bersama-sama bapa untuk memerhati dan mencontohi apa yang dilakukan oleh bapanya.Bapa adalah guru yang berkesan.Anak mudah percaya apa yang dikatakan oleh bapanya.
Hadith riwayat at-Tarmizi bermaksud"tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik darpada seorang ayah kepada anaknya selain daripada budi pekerti yang baik."
Firman Allah bermaksud:''wahai orang-orang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu(berhala)",(at-Tahrim :6)
Selain itu,seorang ibu juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membantu suami melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga.Dalam erti kata yang lain,ibu merupakan"tulang belakang "kepada bapa/suami dalam menjalankan tugas untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.Seorang ibu haruslah sentiasa bersabar dengan karenah anak-anak,dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak,terutamanya mereka yang berada di usia remaja.Hal ini kerana,dalam usia yang mudalah mereka mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.
Ibu merupakan penasihat terbaik kepada anak-anak,hal ini kerana jiwa dan sifat keibuan yang semula jadi lembut,memudahkan mereka mendampingi anak-anak.Melalui kaedah berdamping dengan anak-anak,ibu akan dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak.Oleh itu,jalan penyelesaian dapat dicari dan anak akan merasa sentiasa disayangi dan di beri perhatian.
Sebagai seorang ibu,menjadi tanggungjawab mereklah untuk menjadikan rumah sebagai tempat kediaman yang selesa dan sentiasa ceria,agar anak-anak tidak bosan duduk di rumah,dan menghabiskan masa lapang bersama keluarga tersayang.Ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu-bapa dan anak-anak.Seorang Arab Badwi menanyai Nabi SAW:"Apakah engkau menciumi mereka(anak-anak),(sedangkan) kami tidak pernah berbuat demikian(kepada anak-anak kami)."Nabi SAW pun bersabda:"Apa engkau tidak takut nanti Allah akan mencabut perasaan kasih dan sayang dari hatimu?" (Riwayat Imam Bukhari dariapada Sayidatina Aisyah r.a).
Selain itu,dalam melahirkan institusi kekeluargaan yang aman dan bahagia berlandaskan syariat islam,ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan ,agar dapat melahirkan sebuah keluarga yang diberkati dan diredai oleh Allah SWT.Oleh itu,ibu bapa perlu saling bantu-membantu dan bertolak ansur dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Anak adalah amanah Allah yang mesti dicorak menurut perintah dan kehendak-Nya untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaannya di dunia dan akhirat .Sabda Nabi SAW:Setiap anak yang lahir itu adalah dalam keadaan fitrah(islam:suci bersih).Maka ibu bapanyalah yang bertindak menjadikanya Yahudi atau Nasrani atau Majusi".Ibu bapa wajib memberikan pendidikan yang betul kepada anak-anak mereka ke jalan yang diredai Allah SWT.Tanpa bekalan ilmu untuk dunia dan akhirat,anak-anak akan hidup terumbang-ambing.Selain itu,kecuaian ibu bapa memberikan pendidikan agama yang sepatutnya,menyebabkan timbul masalah gejala sosial seperti budaya lepak,bohsia-bohjan,sumbang mahram dan sebagainya yang melanda negara kita sekarang ini.
Ibu bapa merupakan model kepada anak-anak.Oleh itu,ibu bapa perlulah berkelakuan sopan dan mulia.Tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan anak-anak.Dampinglah anak-anak dengan memberikan kasih-sayang yang sempurna .Luangkan masa untuk berbincang tentang masalah mereka .Anak-anak perlu diberikan kasih-sayang dan perhatian.Sekiranya diabaikan tanggungjawab ini,jiwa anak-anak akan merasa kekosongan dan tidak diperlukan oleh ibu bapanya.Mereka akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi jiwa mereka di luar rumah.Akibatnya ramai yang terjebak ke kancah maksiat dan dadah,maka porak perandalah keluarga tersebut.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:'Hak anak ke atas bapanya,supaya membaikkan akhlaknya dan membaikkan namanya.
Kewajipan ibu bapa ialah membentuk peribadi anaknya selaras dengan tuntutan Allah SWT.Ini akan membahagiakan hidup mereka di dunia dan akhirat.Apabila jiwa anak-anak telah ditanam dengan takwa dan keimanan islam,maka kasih sayang dan hormat menghormati wujud dalam keluarga tersebut .Ibu bapa wajib memberikan ilmu dunia dan akhirat kepada anak-anak mereka.Anak-anak yang berilmu dan beriman akan sentiasa mengingati ibu bapa mereka apabila mereka telah tua ataupun telah meninggal dunia.Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud.'Apabila mati seorang anak Adam,maka terputuslah amalanya kecuali tiga perkara sahaja iaitu sedekah yang berkekalan,ilmu yang boleh dimanfaatkan denganya dan doa daripada anak-anak yang soleh.
Islam juga menganjurkan kita mempunyai hubungan yang baik sesama individu .Sabda Rasullulah SAW Yang bermaksud :''Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.Nabi SAW bersabda lagi yang bermaksud:'yang paling baik di antara kamu ialah yang baik pergaulanya terhadap keluarganya'.Anak-anak perlulah dididik dengan pergaulan yang baik sesama mereka.Ibu bapa mestillah berlaku adil dalam melayani karenah anak-anak mereka supaya terhindar daripada persaan hasad dengki,iri hati dan dendam.Sabda Rasulullah SAW :"bertakwalah kamu kepada Allah dan berlaku adillah di antara anak-anak kamu ."(Riwayat Muslim) . Selain itu,anak-anak yang lebih kecil hendaklah menghormati abang atau saudara mereka yang lebih tua.Manakala abang atau kakak mestilah bertolak ansur dengan adik-adik mereka .Apabila sikap ini dapat ditanam dalam diri anak-anak ,tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga dan mereka saling sayang menyayangi antara satu sama lain.Aman tenteram dan berbahagialah keluarga tersebut.
Peranan keluarga bahagia ialah mewujudkan suasana penghayatan Islam dalam rumah tangga seperti melaksanakan sembahyang berjemaah, membaca al-Quran bersama, membaca buku agama beramai-ramai, makan bersama dan memberi salam semasa masuk atau meninggalkan rumah. Keluarga berperanan mewujudkan suasana kerohanian, kepatuhan terhadap pelaksanaan syariat, penerapan nilai mulia dan adab-adab keislaman dalam diri serta kehidupan ahli keluarga. Ketua keluarga juga perlu menjauhkan ahlinya daripada makanan haram dan syubhat.
Setiap ahli rumah tangga muslim hendaklah takut kepada perkara haram seperti takutnya seseorang kepada ular berbisa yang sedang mencari mangsa. Isteri hendaklah sentiasa mengingatkan suaminya supaya sentiasa mencari rezeki halal untuk keluarga.
Keluarga bahagia juga sentiasa menitikberatkan kesihatan dengan memastikan ahlinya tidak makan atau minum secara berlebihan sebaliknya hidup dalam keadaan sederhana. Tambahan, sekarang ini pelbagai penyakit mudah menyerang berpunca daripada pemakanan serta gaya hidup.
Kesalahan perlu diperbetulkan dengan baik dan bijaksana, kerana setiap masalah pasti ada jalan keluarnya, yang penting merujuk kepada Islam sebagai panduan hidup. Begitu juga dugaan yang datang, hendaklah diterima dengan hati terbuka seterusnya mencari kaedah terbaik mengatasinya.
Solat kubu yang melindungi daripada kejahatan, tetapi sering diabaikan. Ada ibu bapa yang setia melaksanakan suruhan Allah itu, tetapi tidak memberi penekanan terhadap anak hingga mereka gagal membina tiang agama dalam diri.
Selain itu,umat Islam perlu diberi kefahaman apa dia Islam yang sebenarnya. Kita dulu faham Islam sebagai Ad'din iaitu cara hidup tetapi kita perlu sedar cara hidup itu meliputi pelbagai aspek bukan setakat solat dan puasa sahaja."Ada orang bersolat tetapi dia tidak faham falsafah solat dan apa matlamat solat. Dia buat lebih kerana budaya kerana cetek ilmu. Hal yang sama dengan puasa dan ibadat haji."Begitu juga membaca Quran. Kita membaca bertaranum, bertajwid lepas itu menghafal tetapi kita tidak mengkaji Quran untuk mengambil panduan daripadanya," demikian menurut Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam wawancara dengan Bernama di pejabat IKIM di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, ada juga umat Islam yang melihat Islam itu dalam petak yang sempit dan tidak melihat kerja lain yang mereka lakukan sebagai satu ibadat."Ini jelas menunjukkan pemahaman agama mereka kurang sedangkan walaupun kita tidak berpendidikan tinggi dan hanya bekerja di kilang atau sebagai tukang kebun, itu juga dikira ibadat,"kata Nik Mustapha.Nik Mustapha menekankan bahawa agama Islam sebenarnya berperanan menyusun kehidupan manusia baik di peringkat individu dan masyarakat.
Pada dasarnya, kata beliau, dalam organisasi masyarakat, apa yang diperlukan ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang berperadaban, serba berkemajuan, hidupnya aman serta mendukung keluhuran undang-undang."Bayangkan jika tidak ada peraturan jalan raya, jika lampu trafik rosak. Huru hara akan berlaku. Ini bermakna mesti ada peraturan."Dalam masa yang sama hidup kita mesti ada keceriaan, hobi, rekreasi kerana semuanya itu ialah sebahagian daripada keperluan hidup. Kalau kita memahami semuanya itu, barulah nampak hidup ini luas dan semua aspek kehidupan itu agama," jelas beliau.Nik Mustapha turut menekankan bahawa di dalam Al Quran ada menyebut bahawa semua amalan umat Islam di dunia walaupun sebesar zarah akan dihitung pada hari akhirat.
"Segala yang kita lakukan kerana Allah akan dikira sebagai ibadat,"tambahnya. Di samping itu, beliau turut mencadangkan supaya pengurusan masjid memperluas peranan masjid dalam usaha menyusun peradaban masyarakat Islam.Menurut beliau, di zaman Rasululullan SAW, baginda menggunakan masjid sebagai pusat pemerintahan, tempat perhimpunan dan perbincangan di mana kemudiannya wujudlah sebuah masyarakat yang mempunyai peraturan dan sistem.
"Fungsi masjid perlu diperluas. Masjid boleh berfungsi untuk memberi panduan dan maklumat kehidupan untuk masyarakat, umpamanya mengenai soal berhubung pemakanan, kesihatan dan menjadi pusat riadah, sukan dan seni mempertahankan diri."Kita perlu menggunakan pendekatan kreatif untuk menarik masyarakat termasuk golongan muda untuk ke masjid. Mereka yang merempit itu mungkin kerana kurang aktiviti riadah," tambahnya.
Islam amat mengambil berat dalam membentuk keluarga yang penyayang yang hidup dalam bahagia dan aman sentiasa serta saling tolong menolong antara satu sama lain.Islam telah menggariskan panduan untuk menunjuk ke arah tersebut .Oleh itu kita wajar membina keluarga yang penyayang dan harmoni selaras dengan kehendak Allah dan Rasulnya.
SUMBER RUJUKAN:
ARTIKEL MAJALAH
1.SMAHADZIR(2005,APRIL).Membina Keluarga Bahagia,menerusi Cahaya.
2.SYED MAHATZIR(2005,APRIL).Larangan Derhaka Kepada Ibu Bapa,menerusi Cahaya.
3.LOKMAN BIN ISMAIL(2005,OKTOBER).Peranan Bapa Semakin Mencabar,menerusi Sinar Rohani.
4.RUZANA HAMIM(2010,OKTOBER).Tunaikan Hak Mereka,menerusi Anis.
ARTIKEL SURAT KHABAR.
1.PROF MADYA DR AHMAD REDZUWAN MOHD YUNUS(2010 OGOS 03).Keluaraga ejen dakwah paling berkesan.Berita Harian.Muka surat 10.